Viral Video Kan4k2 Memikul Beg Sek0lah Yang Ber4t..”Ini Lah Realitinya” Netizen

Isu beg murid sekolah rendah berat dipenuhi buku teks bukan sesuatu yang baharu. Ramai yang telah cuba membawa isu ini ke hadapan, namun, di mana silapnya tidak diketahui sehingga sampai ke saat ini belum ada tindakan daripada pihak bertanggungjawab dalam mengulas atau menyelesaikan isu ini.

Baru-baru ini tular sebuah video seorang kanak-kanak perempuan memaparkan betapa payahnya murid itu mengangkat beg sekolahnya sehingga beberapa kali terjatuh semula ketika cuba mengangkatnya. Tidak lama kemudian, seorang lelaki membantu murid itu dan kelihatan kanak-kanak itu berjalan dengan keadaan yang kurang stabil dek beratnya beg sekolah dipenuhi buku.

Namun, rupanya video ini adalah daripada negara Thailand. Ini penjelasan daripada ibu kepada murid tersebut. (KLIK Di SINI)
Pun begitu, isu bag berat ini memang berlaku di Malaysia.

Lihat video kanak-kanak sekolah rendah ini begitu susah payahnya mengangkat bag menaiki tangga sekolah (video daripada FB Cikgu Mohd. Fadli Salleh) : VIDEO KANAK-KANAK SEKOLAH MALAYSIA PENAT LELAH MENGANGKAT BAG
Tulang Belakang Bengkok
Selain itu, pada 25 Januari, seorang guru turut menyuarakan isu beg sekolah berat dengan berkongsi gambar x-ray tulang belakang seorang kanak-kanak yang membengkok. Gambar yang asalnya dikongsikan oleh Dr Zaqrul itu dikongsikan semula Facebook Cikgu Mohd. Fadli Salleh dengan ulasannya.

Berikut suara harapan dikongsikan di Facebook Cikgu Mohd. Fadli Salleh;

Diharap, sesi baru 2022 bulan 3 nanti, murid-murid tak perlu lagi diberi pinjaman buku teks.

Sebaliknya semua buku teks diletak dalam kelas. Buku tu milik sekolah terus. Baru tak ada isu buku hilang, buku rosak dan seumpamanya.

Sekolah anak Min dulu pernah ibubapa kumpul duit beli locker letak dalam kelas untuk selesaikan isu beg sekolah ni.

Awal-awal ada locker, ramai juga letak buku kat situ termasuk anak Min. Namun lama kelamaan locker jadi sunyi sepi kerana buku yang ditinggalkan rosak dan hilang sebab budak lain.

Naya peminjam buku tu nak kena ganti buku baru.

Min dengar kawan cerita, anak dia sekolah swasta. Semua buku letak je kat dalam kelas mengikut bilangan murid. Tiada isu nak kena ganti buku jika rosak ke hilang. Sebab buku tu tak ada pemilik, ia milik sepenuhnya sekolah.

Hapuskan hak milik / pinjaman buku teks, settle terus isu ni. Semua buku milik sekolah, so ibubapa tak risau dah nak kena ganti buku jika hilang atau rosak.

Untuk kerja rumah, guna je buku aktiviti yang dibekalkan KPM atau beri je lembaran kerja. Jika perlu rujuk buku teks, download je buku teks digital kat web KPM. Settle masalah.

Settle masalah beg berat,kesihatan tubuh badan anak kita pun InsyaAllah tak terjejas.

Harap-harap idea ni boleh dilaksanakan diseluruh sekolah di Malaysia agar isu beg ni selesai. Atau jika ada idea lain yang bernas untuk selesaikan isu yang dah bertahun-tahun ni, guna pakai sahaja idea itu.

Asalkan settle masalah, tak kisah la apa cara pun. Benarlah pendidikan itu penting, namun kesihatan anak-anak kita lebih penting.

Semoga anak Dr Zaqrul diberi kesembuhan. Amin.

Diharap apa yang disuarakan oleh guru ini termasuk ramai para ibu bapa lain mendapat perhatian serta penyelesaian daripada pihak atasan.

Video Klik Disini

Sumber : [Tiktok Nurulkerani] [FB Cikgu Mohd Fadli Salleh]

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini