“Memandu jentoIak pada hari perkahwinan memang impian saya” – Pengantin Lelaki

Bagi mereaIisasikan impian perkahwinan, Mohamad Fikre Mohd Ali dan isteri berarak menaiki jentoIak pada hari persandingan mereka.

Menariknya, Mohamad Fikre, 30, memandu sendiri satu daripada 16 jentoIak digunakan bagi memeriahkan majlis persandingannya dengan isteri, Safinah Nasir, 25, Ahad lalu.

Katanya, kesemua jentolak itu adalah miliknya dan rakan serta dipandu pada jarak satu kilometer (km) dari Jalan Dusun, di sini ke rumahnya iaitu lokasi majlis di Jalan Jambu, di sini.

“Itu (naik jentolak) adalah idea saya kerana memang teringin untuk membawa jentolak pada hari perkahwinan.

“Kebetulan, saya memang ada jentolak kerana memang menawarkan perkhidmatan sewaan kenderaan itu jadi tiada masalah..

“Keluarga kedua belah pihak juga tiada halangan cuma isteri segan sedikit pada mulanya untuk naik jentolak kerana perlu naik dengan memakai baju pengantin,” katanya.

Menurut Mohamad Fikre, dia bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar pada hari berkenaan daripada awal hingga akhir majlis.

Katanya, bantuan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga amat dihargai kerana melancarkan perjalanan..

“Alhamdulillah, termakbul juga impian saya untuk bawa jentolak dan ajak isteri rasai pengalaman naik.

“Sudah tentu ia akan jadi memori yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila,” katanya.

Berkongsi perihal diri, Mohamad Fikre berkata, dia dan isteri berkenalan sejak tujuh tahun lalu.

“Kami tidak bertunang sebaliknya terus dahulukan yang wajib iaitu akad nikah selepas mendapat restu keluarga.

“Syukur kerana mendapat pasangan memahami diri saya,” katanya.

Sumber HM

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini