Selesa Masuk Sawah Sejak Dari KeciI, Pemuda Ini Tiba-tiba Jadi Perhatian Selepas Kongsi View Indah Lagi Mendamaikan Di Belakang Rumahnya

Larangan rentas negeri sejak p4ndemik C0vd-19 melanda ternyata memberi kesan kepada kita semua.

Lebih piIu, anak perantau juga sudah sekian lama tak dapat pulang ke kampung halaman sehingga terlepas untuk meraikan lebaran dengan keluarga.

Namun, perkongsian video-video suasana kampung dan sawah sawah padi oleh seorang jejaka di TikT0k sedikit sebanyak dapat menjadi pengubat rindu buat mereka semua.

Kata netizen, video-video yang dikongsi oleh Muhaimin Md Isa diibaratkan seperti ‘virtual tour’ yang membawa mereka menelusuri pemandangan indah suasana desa.

Muhaimin Md Isa, 21, dari Kampung Pida 5 Atas, Air Hitam, Jitra, Kedah tak menyangka video perkongsiannya akan menjadi tular dan meraih perhatian ramai.

Jelasnya, dia sudah menetap di kediaman itu sejak kecil lagi dan bersyukur dapat menikmati keindahan alam yang mendamaikan jiwanya.

“Disebabkan Perintah KawaIan Pergerakan (PKP), nak cari kerja part-time pun susah. Tak tahu nak buat apa, jadi saya mula buat TikT0k awal bulan ini.

“Pada awalnya saya tak tahu nak kongsi video apa. Tiba-tiba tergerak hati nak tunjuk view sawah padi di belakang rumah dan view suasana petang-petang.

“Saya terkejut video jadi viral. Ramai minta saya tunjukkan bendang. Mereka kata rindu dengan suasana kampung dan minta hasilkan lebih banyak video.

“Ada juga yang minta saya masuk ke bendang dan tunjuk dengan lebih dekat. Saya cuba penuhi permintaan mereka,” ujarnya.

Dia yang mesra disapa Muhaimin mendedahkan sawah padi di sebelah kediaman keluarganya dimiliki oleh bapanya.

Malah kata Muhaimin, dia juga sudah terbiasa membantu bapanya dalam urusan tanaman padi sejak kecil lagi.

“Ia memang bendang ayah, sebab tu saya berani masuk untuk rakam video. Sejak zaman kecil lagi, setiap kali tabur padi, tabur baja dan sebagainya, saya akan tolong ayah.

“Sejujurnya sangat seronok rumah dekat sawah. Bila masuk bendang, rasa selesa. Boleh hilang stres tengok pemandangan hijau.

“InsyaAllah nanti saya akan buat video bila padi dah keluar. Ada netizen minta video nak tengok mesin padi, mereka juga nak tengok saya mengail,” ujarnya anak bongsu daripada enam beradik itu.

Dedah Muhaimin, pada tahun 2017 dia turut berdepan pengalaman ngeri apabila terjatuh daripada mesin pembajak padi.

“Saya biasa naik jentera pembajak dengan ayah. Masa tu saya kecil lagi, masih sekolah rendah. Saya jatuh masa ia bergerak, mujur tak kena pemutar di belakang.

Sumber mStar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini