“Macam-macam saya lalui, diri bau may4t & badan bertukar geIap. Ada yang kata saya dah tak ada” – Luahan Salih Yaacob

”Cikgu tahu saya seorang banyak cakap..”Itu kata-kata pelakon Salih Yaacob, legenda hiburan tanah air yang cukup disɛgani. Beliau lama menceburkan diri dalam dunia seni, sejak tahun 80-an lagi.

Umum mengenali Salih yang terkenal sebagai penghibur serba boleh dan juga berbakat sebagai penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara.

Selain bergelar seorang penyampai radio Sinar yang berkhidmat selama 14 tahun, Salih pernah tampil dengan lima album dan berlakon lebih dari 14 buah filem.

Bakat meIawak sudah ada dalam dirinya sejak kecil. Membuka cerita, Salih mengakui amat meminati filem-filem lama dan sering meniru lakonan karakter lama sebagai wadah hiburan.

” Saya masih ingat, ketika menuntut di darjah enam, saya pɛngsan selepas terjatuh g4ra-gara meniru aksi dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

” Salah seorang cikgu menyangka saya sudah m4ti. Mereka kendong saya sampai ke klinik. Walhal masing-masing ada kereta mewah,” ceritanya.

Kata pelakon ini, dia bukan seorang yang berpelajaran tinggi. Hidup serba kekur4ngan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga sµsah.

” Hidup di kampung cukup sµsah. Mandi air telaga, lampu pakai pelita.

” Dalam pelajaran saya tak kej4r lebih. Bagi orang dahulu, kerja kerani pun sudah dianggap bagus. Kalau balik kampung tunggang motosikal sudah dipandang tinggi. Penduduk gelar ‘orang KL’,” ceritanya lagi.

HAMPIR SETIAP HARI MAKAN TELUR GORENG DAN SARDIN.

Sebelum berjaya menempa nama sebagai Salih Yaacob, penghibur ini pernah melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan. Dari kerja kilang, sehinggalah kerani perkapalan. Semua ditempuhnya demi kelangsungan hidup pada ketika itu.

” Saya datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Bermula dengan kerja kilang, dibayar RM5 sehari.

” Tinggal rumah setinggan di tepi landasan kereta api. Hampir setiap hari makan telur goreng dan sardin. Guna pula air telaga untuk keperluan harian.

” Kemudian saya ditawarkan kerja sebagai kerani. Tugas periksa muatan kapal yang berlabuh di pelabuhan Klang. Selepas itu, bekerja pula di kilang kertas,” katanya.

Pada tahun 1980, Salih cuba memasuki bidang seni dengan menyertai Pentarama di bawah Jabatan Penerangan Malaysia selama tiga tahun.

” Masa itu, saya tak ada asas menari, berlakon, melawak. Saya terjumpa penyanyi, Shidee dan minta dia ajar saya menari.

” Rupanya dia juga tidak tahu menari. Selepas itu, baru saya ambil kursus dan belajar pelbagai jenis tarian sebagai asas,” selorohnya.

Diri bau may4t. Tubuh bertukar jadi gelap

Umum mengetahui, sekitar tahun 2000, Salih diuji s4kit. Membuatkan dirinya hiIang dari radar seni buat seketika. Katanya, pengalaman itu terlalu berat untuk dikenang. Justeru dia enggan berkongsi terlalu mendalam.

” Macam-macam saya lalui. Diri bau may4t. Badan bertukar gelap. Ada yang kata saya dah tak ada.

” Saya seakan sudah pergi ke alam lain. Melihat jasad sendiri. Kalau saya cakap, orang kata saya g1la. Tohmahan orang, saya maafkan,” ceritanya.

Ketentuan Tuhan, Salih diberi kesembuhan dan bangkit daripada kes4kitan.

” Lepas album ketiga, suara saya hilang. Hilang terus. Saya memikirkan, apa lagi tentang aku yang boleh menjadi punca pendapatan.

” Masa itu saya dah tak terima tawaran buat show. Tapi rezeki datang. Pihak radio Sinar tawarkan jadi penyampai. Saya macam tak percaya. Kata saya ‘agak-agaklah’.

” Macam-macam saya cuba. Sampaikan laporan trafik pun ada. Pegang pelbagai gelaran. Contoh Abang Jamm. Tak sangka, kerja di konti serasi dengan saya,” kongsinya.

ARTIS LAMA BERAPA SAHAJA PENDAPATAN.

Satu pertanyaan sering dilayangkan, tidakkah Salih Yaacob mahu kembali aktif dalam industri seni. Tidak menidak atau mengiyakan, dia menjawab soalan itu dengan alasan tersendiri.

” Keadaan industri tak berubah. Macam itu juga. Kami orang lama macam tak berh4rga. Yang terlalu diangkat orang baru.

” Industri kita ini cukup berbeza dengan negara luar. Yang lama semakin dit0lak tepi. Saya kasih dan rindu pada orang lama. Mereka yang menghidupkan jiwa saya semasa kanak-kanak.

” Kami artis lama pendapatan berapa sahaja. Makin dibayar rendah dan semakin dipandang tak bernilai. Yang kaya pihak produksi. Saya kecɛwa,” katanya lagi.

Tegas Salih lagi, dia tidak men0lak untuk kembali ke dunia seni. Namun katanya biarlah bayaran diterima setimpal dan berbaloi dengan pengalaman.

” Saya memang nak kembali. Tetapi, biarlah berbaloi. Saya ada tanggungan, makan minum keluarga, sekolah anak. Itu amal jariah saya.

” Kalau saya dibantu, maka yang membantu itu menolong amal jariah saya,” jelasnya.

LATAR BELAKANG SALIH YAACOB.

Salih Yaacob (lahir 25 November 1961) merupakan seorang pɛlakon, pɛlawak, pɛnyanyi, penyampai radio dan pɛngacara Malaysia.

Kerjayanya bermula setelah uji bakat Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 1980. Di Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia, Salih bertugas sebagai penari dan penyanyi. Setelah tiga tahun bersama Pentarama, Salih meneruskan kerjayanya bersama Orkestra Tentera Darat (OTD) sehingga tahun 1986.

Semasa dengan OTD, penerbit Baharuddin Kadir sering memerhatinya dan daripada situlah beliau ditawarkan untuk muncul dalam program Mekar Sejambak.

Menyertai Sinar pada 2006, beliau menjadi penyampai untuk rancangan Sinar Pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid sehingga 2015. Beliau kemudiannya berpindah ke segmen Santai Sinar Bersama Feeya Iskandar @ CikPiah pada 2016.

Salih Yaacob pernah dicadang untuk menerima anugerah contoh keluarga poIigami dari kerajaan negeri Kelantan kerana mampu menguruskan rumh tngga dengan baik mengikut hukum Islam.

Tiga isteri Salih adalah Norlizah Mamat, 56, Norfara Wahida Sulaiman, 42, dan Samihah Syeikh Ali, 34. Salih bercrai dengan Nor Raha Hamad, 52, isteri keduanya pada 2015.

Sumber Utusan

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini