Terh̷arunya.. M̷eskipun H̷idup Sus̷ah Wanita Ini S̷anggup Berh̷enti Kerja Demi Jaga Ayahnya Yang L̷umpuh

Apa lah pengorbanan anak jika nak dibandingkan dengan pengorbanan ibu bapa. Sebesar mana pun pengorbanan anak, tidak mungkin dapat membalas sepenuhnya jasa dan pengorbanan orang tua mereka.

Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak menjaga ibu bapa di hari tua mereka. Seperti kisah seorang wanita di China ini yang tidak berputus asa membawa ayahnya yang lumpuh berjalan tiga kali dalam masa satu hari.

Liu Qinxia, 43 tahun yang berasal dari wilayah Anhui menjadi inspirasi rakyat di serata China selepas gambarnya menjaga ayahnya yang lumpuh menjadi viral baru-baru ini.

Menurut Sohu, bapa Liu dahulunya cergas, bertenaga dan masih bekerja sebagai seorang jurugambar. Namun, pada satu pagi di bulan April, bapanya bangun dengan keadaan tidak boleh bercakap dan bergerak langsung. Selepas pergi mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan bapanya itu disahkan terkena serangan ‘cerebral infarction’ yang menyebabkan lumpuh satu badan.

Liu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah. Meskipun beliau dan suami tidak mempunyai pendapatan yang tinggi untuk dirinya dan keluarga, Liu tetap membuat keputusan untuk berhenti kerja demi menjaga bapanya itu.

“1,2,3…” Itulah yang sering didengar penduduk setempat setiap hari ketika Liu membawa bapanya, Lu Zaifa yang berusia 83 tahun itu berjalan-jalan.

Sambil memeluk dari belakang dan bapanya berdiri di atas kaki beliau, Liu akan mengangkat kakinya dan mengorak langkah perlahan-lahan. Bayangkan berat yang ditampung di kaki Liu ketika itu. Hebat pengorbanan Liu untuk bapanya…

Kerana tidak mahu melihat bapanya hanya terlantar di atas katil, beliau akan membawa bapanya berjalan sejauh 300 meter tiga kali dalam masa satu hari. Setiap sesi akan mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui Jalan Liangming di bandar Hefei.

“Saya mahu bawa bapa saya keluar berjalan kerana beliau (dahulu) memang suka bersiar-siar”

Setiap hari, selain membawa bapanya berjalan-jalan Liu juga akan menyuap makan, mengurut badan, memandikan serta menukarkan lampin bapanya itu. Kesemua kerja ini membuatkannya jarang mempunyai masa untuk menguruskan anak-anak. Nasib baik ada suami boleh bantu uruskan anak-anak..

Liu tidak sangka dirinya dianggap hero dan dikenali ramai kerana berbakti kepada bapanya itu, malah rakyat China kini menggelarnya ‘Anak Perempuan Baik China.”

Ibu bapa saya setia dan menumpukan perhatian sepanjang hidup mereka untuk membesarkan saya dan adik-beradik yang lain. Jadi, kini sudah tiba giliran saya untuk menjaga mereka pula.”

Liu mempunyai empat adik beradik namun bapanya tinggal bersama beliau yang juga anak bongsu di dalam keluarga itu.

Seorang jiran berkata,

“Beliau (Liu) memeluk bapanya untuk dibawa berjalan setiap hari tanpa gagal. Kami (lelaki) pun tidak mampu untuk melakukannya dengan baik seperti apa yang dilakukan Liu.”

Sejauh mana anda sanggup berkorban untuk ibu bapa?

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini