M̷akcik Saadiah Yang Tul̷ar K̷ayuh Basik̷al Sej̷auh 5KM H̷antar Mak̷anan Ke lPD M̷eningg̷aI Duni̷a

Saadiah Abdullah, balu anggota polis yang mengayuh basikal dari rumah sejauh lima kilometer selama 37 tahun untuk menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik meninggaI dunia di Hospital Gerik kerana sakit tua.

Lebih dikenali sebagai Mak Cik Saadiah, dia berbuat demikian sebagai tanda sayang dan ingatan kepada Allahyrham suaminya, Alias Nik Daud, yang pernah bertugas di IPD itu.

Alias, seorang jurubot polis terk0rban dalam srang hendap k0munis ketika bertugas pada 28 Ogos 1975.

Walaupun tahu suami telah tiada, namun Makcik Saadiah tetap mengayuh basikal menghantar makanan supaya rakan suaminya dan anggota balai itu dapat menjamah masakannya.

Makcik Saadiah berasal dari Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik.

Menurut laman Facebook Viral Perak, Allahyrham Makcik Saadiah berusia 85 tahun menghembuskan nafas pada pukul 1.30 petang semalam.

“Alfatihah, dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa Mak Cik Saadiah meninggal dunia sebentar tadi jam sekitar 1340 hrs di Hospital Gerik akibat sak!t tua.

“Moga r0hnya ditempatkan bersama orang beriman dan orang orang yang bertaqwa. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aalamiin,” tulis pada laman Facebook itu.

Pada tahun 2012, Makcik Saadiah berhenti melakukan rutin menghantar makanan selepas ins!den terjat0h basikal.

Ekoran itu, anaknya yang tinggal bersama bertindak membuka tayar basikal supaya ibunya tidak lagi mengayuh kerana khuatir mengundang bhaya.

Kisah Makcik Saadiah ini menjadi inspirasi satu iklan raya sebuah syarikat pengeluar minyak masak sempena Aidilfitri 2021 lalu yang sangat menyentuh hati.

VIDEO DIBAWAH:

Sumber Asal: MYKMU, K Online, Facebook Viral Perak

Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini