Lulvh hati lambakan ‘bunga dibuang di Cameron Highlands’! Status bisnes bunga dipersoal, anggap rakyat Malaysia perlukan terapi – “Bukan sekadar hadiah, tapi penenang jiwa”

VIDEO tular di media sosial menunjukkan timbunan bunga yang dibuang di tempat pembuangan sampah di Cameron Highlands kerana tidak dapat dipasarkan berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, mengundang pelbagai reaksi.

Dilaporkan, pekebun bunga di tanah tinggi itu terpaksa membuang tanaman mereka yang rosak disebabkan oleh permintaan terjejas akib4t bunga tidak disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu.

Bukan sahaja pekebun, malah penjual bunga termasuk peniaga kecil yang menawarkan khidmat dan penghantaran yang menjadikan bunga sebagai hadiah turut terjejas.

Kesan itu turut dirasai oleh seorang peniaga kecil yang berkongsi video berkenaan di laman Facebook miliknya sehingga menjadi tular, sehingga dikongsi kira-kira 5,000 kali.

Najihah merupakan antara peniaga kecil yang terkesan dengan sekatan pergerakan penuh.

Peniaga tersebut, Nurul Najihah Yasim berkata, dia yang mengusahakan bisnes bunga di Kota Bharu, Kelantan menerima video itu daripada pembekal bunga, beberapa hari lalu, sambil menambah bersedih dengan kejadian tersebut.

Jelasnya, rata-rata peniaga bunga dan berkaitan seperti khidmat gubahan dan penghantaran hadiah di Pantai Timur terkesan berikutan mereka mendapat bekalan bunga dari Cameron Highlands.

“Kebanyakan kami berniaga secara dalam talian, dan penghantaran pun dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Tapi bila tiada bunga segar seperti yang kami dapat dari Cameron Highlands, sangat sukar untuk kami menjalankan perniagaan,” ujar wanita berusia 36 tahun itu kepada mStar.

Bunga segar menjadi terapi buat segelintir rakyat Malaysia yang terkesan pandemik Cov1d-19.

Lebih dikenali sebagai Najihah, dia yang mengusahakan khidmat gubahan hadiah sejak tiga tahun lalu menyifatkan masyarakat memerlukan terapi ketika pandemik Cov1d-19.

“Segelintir rakyat Malaysia terkesan dengan pandemik, mengalami kemurungan atau depr3si. Pemberian bunga sebagai hadiah dapat membantu menenangkan mereka daripada masalah.

Bisnes kami membantu untuk menggembirakan orang dan kegembiraan itulah yang amat diperlukan ramai orang ketika cabaran dan kesulit4n akib4t pandemik ini
NAJIHAH
“Sebab itulah pelanggan kami, sama ada ahli keluarga atau rakan-rakan akan menempah servis dengan pesanan yang mengandungi kata-kata semangat.

“Contohnya ada mesej nanti jumpa bila dah habis Cov1d-19 dan dah dua kali raya tak dapat jumpa famili. Saya sendiri ada seorang pelanggan yang men1nggal dunia di Kelantan, dah berbulan-bulan tak jumpa anak-anak dan salah seorang anaknya yang menetap di Kuala Lumpur pulang ke kampung hanya dapat menatap jen4zahnya,” katanya yang merujuk kepada larangan rentas negeri akib4t Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nota dengan doa dan kata-kata semangat.

Walaupun digantikan dengan bunga tiruan buat sementara waktu, dia yang juga berasal dari Kota Bharu itu menjelaskan penyampaiannya tidak sama dengan bunga segar.

“Memang ada bunga tiruan, tapi tak sama. Bunga segar walaupun tak bertahan lama, tapi memberi makna yang lebih mendalam sampai ke hati, rasa dihargai itu berkekalan.

“Bisnes kami membantu untuk menggembirakan orang dan kegembiraan itulah yang amat diperlukan ramai orang ketika cabaran dan kesulit4n akib4t pandemik ini.

“Bila pelanggan gembira, sama ada pemberi atau penerima sudah cukup memuaskan hati kami. Ia bukan sekadar bunga sebagai hadiah, tapi penenang jiwa,” ujar ibu kepada dua anak itu.

Sehubungan itu, Najihah yang kini hamil anak ketiga berharap agar pemain industri bunga di Cameron Highlands tidak berputus asa dalam mengharungi waktu sukar ketika ini.

“Saya berharap agar pihak berkuasa dapat mempertimbangkan keadaan yang berlaku turut memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil terutama mereka yang selama ini menjalankan perniagaan tanpa mempunyai kedai dan hanya beroperasi secara dalam talian,” katanya.

Sumber : mStar / mediamalaysia

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini