Lukisannya Sangat Terperinci & Digelar ‘kamera bergerak’, Lelaki Aµtisme Ini Mempunyai Memori Fotografi Paling Sempurna Di Dunia

Mampukah anda melihat sesuatu pemandangan, lalu melukisnya secara terperinci di atas kertas melalui ingatan tersebut? Sudah tentu sukar, tetapi seorang lelaki dari kota London mempunyai kehebatan tersebut.

Stephen Wiltshire diiktiraf sebagai satu-satunya manusia yang mempunyai kemahiran memori fotografi paling sempurna di dunia.

Kebolehan tersebut membolehkannya melukis secara manµal pemandangan sebuah kota besar dalam skala yang sangat terperinci, dengan hanya melihatnya dalam masa beberapa minit sahaja.

Kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi itulah bakat luar biasa yang dimiliki oleh lelaki kulit hitam berusia 48 tahun ini. Dengan hanya memerhati dalam jangka masa yang singkat, beliau mampu mengingati segenap pelosok ruang landskap sebuah kota besar seperti New York, Paris atau Tokyo.

Apa yang lebih mengagµmkan, memori tersebut dapat diaplikasikan oleh Wiltshire ke dalam bentuk lukisan tangan. Kombinasi di antara bakat melukis dan kekuatan memorinya untuk mengingati sebuah landskap membuatkan dia digelar sebagai ‘kamera bergerak’.

Lukisan yang dihasilkannya tampak ‘hidup’ dan boleh dikatakan hampir sempurna untuk seorang manusia.

Tanpa bantuan gambar atau sebarang teknologi, hasil karyanya sangat terperinci, baik dari segi nisbah skala ataupun susun atur sesebuah bangµnan.

Lokasi serta kedudukan setiap penc4kar langit, rumah, bahkan sehingga jumlah jendela dan perkara-perkara remeh lain seperti kedudukan pili bomba dalam lingkungan sebuah kota raya yang besar dengan keluasan lebih 10 kilometer persegi, beliau dapat mengingatinya dengan baik.

Lukisan landskap pertama yang dihasilkan Wiltshire ialah pemandangan kota London semasa beliau berusia 11 tahun. Bagaimanapun, pada ketika itu ramai yang mempertikaikan kebolehan ingatannya kerana ibu kota England itu merupakan tempat beliau membesar dan tidak mustahil beliau mampu mengingati landskapnya dengan baik.

Pada bulan Mei 2005, iaitu ketika berusia 31 tahun, beliau sekali lagi menghasilkan sebuah lukisan landskap pemandangan sebuah kota. Kali ini, beliau memilih Tokyo, Jepun sebagai subjek lukisannya.

Selepas menaiki helikopter selama setengah jam untuk memerhatikan landskap kota metropolitan Tokyo yang kompleks, beliau melukis semula pemandangan tersebut ke atas kanvas yang berukuran sepuluh kaki. Lukisan tersebut mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan.

Selepas lukisan panorama bandar raya Tokyo itu diklasifikasikan sebagai berjaya, beliau telah memilih kota-kota besar dunia yang lain untuk menjadi subjek lukisannya. Antaranya ialah Rom, Hong Kong, Frankfurt, Madrid, Dubai, Jerussalem, Sydney dan Shanghai. Kesemua karya yang dihasilkan telah diiktiraf dan turut dijadikan sebagai material penting dalam beberapa siri pameran lukisan terbaik dunia.

Dengan kebolehan luar biasanya itu, pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai duta Hari Kesenian Kanak-Kanak di United Kingdom.

Dalam tahun yang sama juga, beliau telah menyiapkan gabungan pemandangan bandar New Jersey, Manhattan, Ellis Island, Status of Liberty dan Brooklyn di atas kanvas gergasi berukuran 18 kaki. Lukisan tersebut telah dihasilkan di Pratt Institute, sebuah kolej seni dan reka bentuk terkemuka dunia yang terletak di New York, Amerika Syarikat.

Jika diimbas kehidupannya, Wiltshire merupakan seorang pes4kit aµtisme sejak kecil. Beliau disahkan menghidap peny4kit tersebut ketika berusia tiga tahun.

Ketika mana kanak-kanak lain menjalani kehidupan yang aktif, Wiltshire pula adalah sebaliknya. Malah, dia juga pernah dikatakan bisµ kerana tidak boleh bercakap. Pada usianya lima tahun, dia masih tidak boleh bertutur dan hanya berkomunikasi menggunakan lukisan. Ketika itulah bakat melukisnya mula dikesan.

Sementara itu, menurut Pakar Neµronsains dari Universiti Cambridge, Profesor Simon Baron Cohen, berkemungkinan kecac4tan neµrologi seperti aµtisme yang dialami oleh Wiltshire menjadi penyumbang utama kepada kekuatan memorinya.

Ini kerana separuh daripada kanak-kanak autistik sebenarnya mengalami sindr0m savant atau cendekiawan. Golongan ini mempunyai IQ antara 60 hingga 70 sahaja, tetapi menampilkan keupayaan luar biasa dalam bidang tertentu seperti matematik, menghafal (memori) atau kesenian (muzik dan lukisan).

Bagaimanapun, bukan semua yang memiliki kehebatan minda ini adalah dari kalangan mereka yang mengalami disfµngsi otak. Jika berlaku sekali pun ia merupakan kes-kes terpencil dan peratusannya sangat kecil.

Sumber Infiniti

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini