Luahan lbu Yng R4sa Bersalah, An4k Menang1s Nk Mkn Kfc Tapi T1dak Mampu

Kehidupan dalam norma baharu memberikan banyak cabaran terutamanya bagi mereka yang bekerja sendiri. Tidak dinafikan ramai seperti kisah yang dilalui oleh wanita ini apabila anaknya begitu teringin makan kfc.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

-Anak menangis mahu makan KFC, ibu luah rasa bersalah

-Perasaan ibu apabila tidak mampu memenuhi permintaan anak

-Cabaran yang dihadapi kebanyakan ibu zaman moden

Setiap mereka bergelar ibu pastinya akan berusaha memberikan yang terbaik untuk keluarga. Walaupun berdepan banyak kesukaran, semuanya sanggup dilalui agar anak-anak dapat
Anak menangis mahu makan KFC, ibu luah rasa bersalah
Seperti yang dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Fatin Athirah menerusi aplikasi TikTok, anaknya tidak berhenti menangis disebabkan oleh terlalu ingin makan KFC.

Sebagai ibu tidak dapat memenuhi permintaan tersebut, ada kalanya timbul rasa serba salah dan hilang sabar ketika berdepan situasi berkenaan.

Tidak hanya KFC, anaknya juga minta buah durian.

Bila anak korang minta nak pergi KFC, tapi korang tidak mampu. Dari pagi duk minta nak pergi makan KFC. Kejap KFC, kejap minta nak makan durian. Mama yang jadi hilang sabar.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai warganet. Rata-ratanya berasa cukup kasihan melihat anak kecil berkenaan. Malah ada yang bertanya dia dan berniat untuk belanja anaknya makan KFC.

Akak duk kat mana? Kalau kawasan KL, saya boleh belanja ayam goreng Muiz

Ni kat mana? Mai saya nak belanja adik ni KFC. Takdelah mampu sangat, tapi bolehlah nak bagi dia happy.

Perasaan ibu apabila tidak mampu memenuhi permintaan anak

Dalam pada itu, ada yang berkongsi cerita mengenai anak saudaranya juga teringin KFC. Sebagai alternatif, dia telah belikan ayam goreng seringgit.

Macam anak saudara saya. Dia minta nak KFC. Last sekali mak pak dia belikan ayam goreng seringgit. Sampai sekarang balik sekolah mesti akan beli ayam goreng seringgit.

Sebagai ibu, pastinya jauh di sudut hati anda berasa cukup sedih apabila tidak dapat menunaikan kemahuan anak-anak. Lebih-lebih lagi bila bab makanan dan
Namun percayalah, setiap kesukaran hidup akan ada jalan penamatnya. Semoga Allah mudahkan urusan ibu-ibu hebat di luar sana dalam melayani karenah anak!

Cabaran yang dihadapi kebanyakan ibu zaman moden

#1. Tiada sokongan atau pertolongan orang lain

Apabila tidak mempunyai sokongan dari orang lain, ibu terpaksa melakukan segalanya seorang diri.

Bukan mudah untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak tanpa adanya pertolongan daripada pasangan. Bayangkan dari pagi hingga ke malam, semua perkara terletak atas bahu anda seorang.

Memang mencabar menjadi seorang ibu, suri rumah dan juga ibu bekerjaya!’

#2. Konfliks dalam hubungan

cabaran ibu zaman moden

Apabila pasangan tidak memberikan sokongan yang sepatutnya, ini secara tidak langsung boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

Kesabaran seorang isteri dalam melakukan pelbagai perkara seorang diri lambat laun boleh membuatkan emosi dan fizikal mereka
Justeru jangan tunggu ia berlaku, duduk dan berbincanglah dengan pasangan. Dengar setiap luahan dan dapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.

#3. Ibu terpaksa jadi pakar dalam segenap hal

Meskipun bergelar suri rumah, masih banyak kerja sampingan dari rumah yang perlu diselesaikan.

Bukan itu sahaja para ibu kena serba tahu tentang makanan yang sesuai untuk anak, mengurus hal sekolah dan penjagaan diri anak-anak ketika musim pandemik ini.

Bagi anak yang sudah bersekolah, anda mungkin juga perlu bersiap sedia untuk menjadi ‘guru’ di rumah ketika proses pdpR berjalan.

Sejak pandemik ini, ramai ibu meluahkan rasa tertekan dan hilang sabar bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hakikatnya, anak yang masih kecil sukar memberikan fokus ketika kelas online berjalan.

Sumber:TheAsianparent

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini