Tindakan P0lis P3ngiring lstana Sing4pura Sek4t Jal4n, Utam4kan Mem3rang Nak Melintas, Tarik Perhatian Warganet

Polis pengiring Istana yang bertugas mengawal lalu lintas telah menghentikan pergerakan kenderaan selama dua minit untuk memberi laluan kepada sekumpulan memerang menyeberangi jalan raya yang sibuk di Jalan Orchard.

Kejadian ini disiarkan menerusi akaun Tiktok milik sgcoolguy menunjukkan ‘keluarga’ memerang ini mendapat layanan istimewa apabila dua anggota polis yang mengawal jalan untuk memberi laluan kepada Presiden Singapura telah mengiringi ‘VVIP berbulu’ itu melintasi jalan.

“Ingatkan Presiden nak keluar dari Istana, rupanya ada ‘VVIP’ lain…”
Menerusi video tersebut, anggota polis mengangkat tangan untuk menghentikan kenderaan yang melalui jalan tersebut. Tindakan ini supaya kenderaan lain tidak melanggar haiwan tersebut.

Kenderaan lain menunggu dengan sabar

Pemandu jalan raya sabar menunggu ‘VVIP’ ini melintasi lima laluan di jalan raya tersebut.

Memerang terakhir yang melintas jalan raya ini mencuri perhatian ramai apabila gelagatnya semasa melintas jalan membuatkan orang ‘geram’ dengan kelucuan haiwan ini mengejar rakan-rakan lain yang sudah meninggalkannya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berbangga dan memuji tindakan polis Istana tersebut mengawal jalan untuk menyelamatkan 16 ekor memerang melintasi jalan yang sememangnnya sangat sibuk setiap hari.

Sumber: Tiktok Sgcoolguy, mothership

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini