Lima Berad!k Bertaranum, B4caan Merdu Abang Dan Kakak Q4riah Muda Ini Buat R4mai Terpegun

Kebolehan Johan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61, Farhatul Fairuzah dalam mengalunkan ayat-ayat suci kitab al-Quran sudah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Namun begitu, bukan hanya dia sahaja yang mempunyai kebolehan melantunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh merdu, tapi adik beradiknya juga dilihat mempunyai bakat yang sama.

Melalui laman Instagram miliknya, dia ada berkongsikan adib beradiknya membacakan ayat suci al-Quran secara bertaranum dengan penuh penghayatan.

Video yang berdurasi selama 3 minit dan 48 saat itu memaparkan kelima-lima adik beradiknya bermula daripada kakaknya yang sulung sehinggalah gilirannya yang bongsu membuat tarannum Challenge.

Warganet yang menonton video tersebut turut terpesona dengan kebolehan yang ditunjukkan oleh keluarganya. Bahkan, ada yang turut mahu menjadikan keluarganya itu inspirasi buat diri mereka.

Sumber: farhatulfairuzah

Muka Macam Awak Tak Layak Masuk TV, Dah La Gemok, Hitam, Tak Cantik

Sering sahaja paras rupa yang cantik menjadi bonus kepada seseorang. Bukan semua tapi ramai yang memandang rupa paras. Lebih-lebih lagi jika anda menghadiri temuduga pekerjaan. Benar, luaran sememangnya memainkan peranan, namun tidak semestinya yang kurang cantik ini tidak layak atau pandai bekerja.

Seperti wanita ini Ama Angelik yang tampil berkongsi pengalaman apabila dia pernah ditolak mentah-mentah ketika temuduga di satu stesen televisyen selepas menamatkan pengajian dahulu. Lebih teruk, bukan sahaja ditolak malah dihina dengan teruk tanpa perasaan.

Tapi wanita ini bangkit membuktikan sebaliknya. Muka yang dikatakan tidak layak masuk tv ini akhirnya mengisi slot siaran langsung PRU 14 yang lalu. Dia juga aktif di pentas dengan penuh yakin menjadi pengacara mahupun dj di majlis biasa hingga berprestij. Malah wanita ini sudah mempunyai perniagaan PA sistem bersama suaminya sendiri.

Moga kisah ini menjadi inspirasi kepada semua orang agar menghargai diri sendiri dan jangan berputus asa dalam mengejar impian. Katakan pada diri kita hebat dan mampu ok !

MUKA MACAM AWAK TAK LAYAK MASUK TV!!!

Teringat beberapa tahun lalu, saya pernah cuba interview menjadi dj di beberapa buah stesen radio.. Malah ada yang stesen sama, saya cuba lebih empat lima kali! Saya akui saya tidak minat menjadi dj cuma minat bercakap, bercakap pulak taknak berhenti..

Namun paling saya ingat, ada satu bos di satu stesen ini bukan saja me’reject’ saya tapi sereject-rejectnya malah teringat lagi kata-kata beliau,

“Saya nak pakej! Muka macam awak tak layak masuk TV! Tengoklah diri awak.. gemuk, hitam,tak cantik. Balik ‘tepek’ (pakai) bedak dulu!”, kata beliau.

Nak jadi dj biar boleh baca berita sekali. Tambah beliau dengan extra jelingan atas ke bawah ke arah saya.

Saya akui masa tu saya memang down gila dan tipu kalau saya balik audition tu saya tak nangis, saya nangis sepuasnya. Hina ke jadi gemuk? hina ke tak cantik? hina ke tak minat bermekap? Ramai je saya tengok senior-senior yang betul-betul berbakat dan passion dalam bidang media yang standing with their own style.

Tapi rezeki Allah siapa yang menduga, atas beberapa peristiwa suami (ketika itu boyfriend) buat keputusan nak buat bisnes kecil-kecil sewa PA sistem dan dipendekkan cerita saya try-try jadi dj…

Bermula dj kawin di kampung-kampung, majlis korporat, event datuk datin smpailah acara rasmi sebagai emcees alhamdulillah dah masuk tahun keempat dah. Kalau berdj dah beratus jugak majlis saya acarakan. Alhamdulillah, pelanggan berpuas hati.

Lebih tak sangka, rezeki kita kalau Allah nak bagi.. manusia bagi halangan macamana pun akan tetap sampai pada kita, begitulah jadi pada saya bila tiba-tiba dapat call TV3 untuk buat live pada PRU14 lalu yang tontonan langsung seluruh Malaysia waktu itu.

Yang sehingga kini saya tak tahu siapa yang suggest nama saya pada production. Saya sangat berterima kasih pada penerbit dan team.

Sekali lagi saya juga menangis kerana saya dah buktikan pada bos stesen tv berkenaan bahawa saya layak masuk TV! Benar kritikan selamanya takkan mati dalam kepala otak kita.

Tapi saya belajar sesuatu, selepas saya di reject saya belajar tentang butang-butang dan kendali amp, banyak belajar pasal pa sistem dari suami, banyak belajar nak handle majlis dari ramai orang-orang berpengalaman dan banyak lagi yang saya belajar dan upgrade diri saya termasuk dari segi penampilan (walaupun sekarang masih buruk at least tak pakai dh jeans, selipar jepun dan tshirt hahaha).

Dan kalau nak tahu bos stesen TV itu yang dulunya menghina saya dengan teruk sudah puji saya dua kali ketika bertembung di satu majlis malah dia ada menawarkan kepada saya untuk bekerja bersama yang sudah pasti saya tolak kerana hati saya terlalu terluka dengan kata-kata beliau (panjang sangat nak cerita).

Jadi moral of the story, saya share kisah ini supaya sesiapa pun yang sedang berusaha mencapai impian anda, teruskan! Mungkin Allah tak bagi jalan yang terus lurus untuk kita capai impian kita, tapi percayalah kita usaha, kita yakin, kita tawakkal, rezeki itu tetap milik kita, impian itu indah untuk dimiliki walaupun sukar mendapatkannya.

Lagi satu ‘jangan dengar cakap orang, jangan lemah dengan kritikan, apapun orang bercakap itu hak mereka dan hak kita buktikan kita mampu capai apa kita nak dengan usaha yang berterusan!”

Jadilah seperti Marily Monroe, Pengasas KFC, Colonel Sanders dan Thomas Edison pencipta mentol lampu yang cuba beratus-ratus kali sebelum menemui kejayaan masing-masing. Kerana bagi mereka berapa kali pun tak apa kerana setiap percubaan ada pengalaman yang mengajar benda baru yang akan memberi peluang untuk mencapai kejayaan itu.

Dan saya, akan tetap kejar impian saya walaupun pahit macamana sekalipun… walaupun terpaksa menghadapi banyak cabaran dan menjaga banyak hati, ill do whatever i wanna do and i dont care if people dont trust me as long as i trust myself. Keep fighting people!This is our life, we conquer our life not others!.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini