“Lepas balik dari sekolah, salin lampin, mandi & masakkan untuk kami yang masih kecil pada ketika itu” – Saya Sayang Awak Juga, Pesanan Akhir Benjy

Pada 11 pagi, 11 Julai 2021. Tarikh perginya permata seni, Khaeryll Benjamin Ibrahim menemui penciptanya. Arw4h telah tinggalkan banyak kenangan dan jasa untuk dunia seni, semasa hayatnya.

Bagi adik beradik kesayangan Benjy, kenangan bersama arw4h disimpan kemas. Lebih-lebih lagi ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Elza Irdalynna, menjelang syawal, yang paling dikenang adalah rendang istimewa arw4h.

“Sewaktu mama, Azean Irdawaty masih hidup, setiap kali hari raya, kami anjurkan rumah terbuka. Tugas kami di dapur atau bersihkan rumah. Benjy dan mama akan masak.

“Antara kami bertiga, Benjy paling pandai (masak). Tentulah, kami akan kata mama masak paling sedap. Tetapi, arw4h mama sendiri akui, Benjy masak lebih sedap.

“Ketika remaja, kami akan hasilkan sajian khas pada hari raya. Benjy pandai masak rendang. Kalau dia masak, jangan masuk dapur. Kami masak, boleh pula dia k4cau,” ceritanya.

Cerita Inessa lagi, dia masih ingat pengalaman raya terakhir bersama arw4h Benjy.

Katanya meskipun bapa mereka merancang untuk tidak merayakan, dia dan benjy, senyap-senyap membuat persediaan kerana mereka percaya, arw4h ibu mahu hari raya disambut meskipun tanpa adanya dia bersama.

“Kami tahu mama mahu kami raikan. Jadi saya senyap-senyap tempah lemang dan sor0k di dapur.

“Pada malam menjelang raya, ketika abah tidur, saya siapkan semua. Kemas rumah, cuci langsir. Benjy turun temankan saya.

“Dia yang tet4k lemang, kemas rumah. Teman saya masa rendang dendeng dan tolong rasa masakan saya. Sampai pukul empat pagi.

“Abah bangun keesokan harinya, sebelum keluar solat hari raya, dia dapati makanan dah tersedia atas meja. Itulah juadah hari raya terakhir kami bersama,” kongsinya.

BERJIWA PENYAYANG.

Bagi dua beradik ini, Benjy seorang abang yang penyayang. Di mata umum, mungkin ada yang memandang arw4h pada sisi berbeza.

Tetapi pada Inessa dan Elza, arw4h seorang abang yang sentiasa ada untuk adik-adiknya. Menjaga mereka ketika masih kecil dan sentiasa melunaskan bertanggungjawab sebagai seorang abang.

“Sepanjang kami membesar, kami tak guna khidmat orang gaji. Jadi Benjylah yang akan jaga kami bila mama dan abah kerja. Arw4h lepas balik dari sekolah, akan salin lampin, mandi dan masakkan kami yang masih kecil pada ketika itu.

“Semua dia buat. Dari umur dia sembilan tahun sampailah kami dan besar dan boleh jaga diri sendiri. Dia suka meny4kat dan hiburkan kami.

“Kata mama, masa Benjy remaja dia tak keluar bermain dengan kawan. Selalu berada di rumah jaga kami,” kata Inessa.

Bagi Elza, antara memori paling diingati adalah sewaktu Benjy membantu mereka berlakon. Katanya, hebatnya seorang Benjy yang mampu mengeluarkan emosi pelakon lain dengan meth0dnya sendiri.

“Kenangan saya dengan arw4h Benjy adalah ketika kami berlakon bersama sekitar 1996 dalam drama siri bertajuk Sayang Anakku Sayang.

“Saya ketika itu berumur sembilan tahun, manakala Inessa pula enam. Kami diminta melakonkan aksi terkɛjut dan sɛdih.

“Benjy banyak tolong kami. Hanya dengan menyerg4h, dia berjaya keluarkan emosi yang dikehendaki dalam diri kami, yang pada ketika itu hanyalah kanak-kanak,” kongsi Elza.

JAGA DIRI.

Disoal tentang perbualan akhir bersama Benjy, bagi Inessa, kata-kata akhir adalah menerusi pesanan WhatsApp seminggu sebelum pemergian arw4h.

Allahy4rham sempat menyanyikan lagu hari lahir dan menulis kata paling bermakna untuk seorang adik.

“Benjy pergi seminggu selepas hari lahir saya. Dalam rakaman suara terakhirnya untuk saya, dia sempat menyanyikan lagu hari jadi.

“Mesej dia berbunyi, saya sayang awak juga. Itulah yang terakhir. Seminggu selepas itu, dia meningg4l dunia,” katanya Inessa yang sehingga hari ini masih menyimpan mesej tersebut.

Bagi Elza pula, Benjy pada pesanan akhir kepadanya, memberi pesanan penting. Mengingatkan dirinya agar kekal kuat dalam berdepan situasi sukar ketika pandɛmik.

“Dalam mesej terakhir arw4h Benjy kepada saya, dia minta saya bertahan. Ketika itu dunia dilanda pandɛmik, saya dari segi kewangan juga seperti yang lain, terkɛsan.

“Saya katakan padanya, saya mungkin tidak dapat lagi menghantar kepadanya wang. Katanya tidak mengapa, dan dia minta saya bertahan.

“Pesanan akhirnya pada saya juga adalah supaya saya jaga diri,” kongsinya.

LATAR BELAKANG BENJY.

Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy (17 September 1978 – 11 Julai 2021) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan anak lelaki tunggal pelakon dan dramatis terkenal, Allahyarh4mah Azean Irdawaty.

Benjy mula dikenali sebagai pelakon sejak zaman kanak-kanak lagi iaitu melalui filem Perempuan (1988). Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 5 tahun. Beliau pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin TV3. Beliau meninggaI dunia di Medan akibat pɛnyakit asma pada 11 Julai 2021.

Sumber UM

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini