Lepas Arw4h M3ninggal, Anak Beliau Diletakkan Di Rum4h Kebaj1kan,Sedih Lihat Mereka Tarik Anak Arw4h Masuk Pintu Tu

Ibu dan abang aku m3ninggal semasa kemalangan. Selepas 7 bulan aku nak sangat jumpa dengan anak anak saud4ra, tapi alangkah terk3jut bila kak ipar kata dia hantar anak saud4ra aku ke rumah kebajikan. Aku buat keputvsan untuk jaga seorang, anak sulung arw4h. Namun satu hari kata – kata anak bongsu arw4h abang buat aku tersentak..

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih dekat admin kalau admin siarkan confession ni dan maaf jika confession ini terlalu panjang. Nama aku Una.

Aku mempunyai 2 adik beradik dan mak abah yang penyayang tapi semuanya hil4ng dalam sekelip mata bila keluarga aku terlibat dalam kem4langan jalan raya. Pada Januari 2012, aku kehil4ngan emak dan abang aku. Tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku pada masa tu. Sedih, sunyi, hilang arah dan semua perasaan negatif tu ada. Boleh dik4takan complete lah perasaan neg4tif tu dalam diri aku waktu tu.

Tapi aku bersyukur sebab abah aku terselamat dalam kemalangan tu walaupun abah aku lvmpuh separuh badan. Ok, cukup lah tu sebagai pengenalan tentang diri aku. Berbalik kepada tajuk ceritanya, abang aku meninggalkan seorang isteri yang cantik dan 2 orang anak lelaki yang comel dan masih kecil ketika itu.

Kedua – duanya masih menyusu dan memakai diapers. Setelah abang aku m3ninggal, kakak ipar aku mendiamkan diri selama beberapa bulan tanpa khabar.

Pernah aku cuba hubungi untuk bertanyakan khabar tentang dirinya dan kedua anak buah aku tapi tidak berjaya. Mungkin salah aku kerana tidak bertanyakan khabar lebih awal lagi sehinggakan dia diam tanpa khabar berita.. Ya, aku mengaku aku salah tapi pada masa itu hidup aku juga terumbang ambing, antara belajar dan menjaga abah aku yang masih di Hospital (menunggu masa untuk pemb3dahan ak1bat kemal4ngan).

Oh ya, aku masih belajar di semester 5 pada waktu itu di salah satu Universiti tempatan yang berada di Shah Alam. Hidup aku berubah 360 darjah.. Daripada seorang anak gadis yang manja yang disediakan segala – galanya, aku mula berdikari. Aku akan pastikan abah aku cukup segala – galanya sebelum aku ke kelas dan aku akan segera pulang bila sesi pembelajaran aku tamat. Ok dipendekkan cerita, setelah 7 bulan pemergian abang aku, kakak ipar aku hubungi aku semula. Ya Allah, aku rasa macam doa aku semua dikabulkan. Allah dengar rintihan hati aku dan abah aku. Kakak ipar aku bertanyakan khabar kami dan aku minta untuk berjumpa anak buah aku tetapi perjumpaan kami berlaku di rumah kebajikan.

Ya, rumah kebajikan. Hati aku sebak. Sebak melihat keadaan anak buah aku.. Dan aku tidak tahu kenapa dan mengapa mereka dihantarkan ke situ. Aku speechless. Selesai je perjumpaan tu, aku pulang ke rumah dan aku terp4ksa berbohong kepada abah aku (kaki abah aku tidak dapat bergerak jadi abah aku tak dapat nak berjumpa dengan cucu – cucunya). Aku cerita betapa gembiranya aku dapat jumpa kedua – dua anak buah aku dan mereka berdua dalam keadaan baik supaya abah aku tidak bersedih lagi. Seminggu pun berlalu, aku asyik memikirkan keadaan mereka berdua di sana. Hati aku meronta – ronta mahu menjaga mereka.. Mereka masih ada waris, kenapa mereka dihantarkan ke sana.

Tapi bila difikirkan semula yang aku masih belajar, tak ada income sendiri, macam mana lah aku nak jaga anak arw4h abang aku. Susu, pampers semua tu siapa yang nak beli. Soalan ni berlegar legar dalam fikirkan aku. Hari hari aku doa, mintak penyelesaian dari Allah.. Tiba – tiba 1 hari tu masa aku bangun, hati aku terdetik “ahh ambil lah seorang, rezeki tu pasti ada, tawakal je.”

Allah berikan semula sinar dalam hidup aku.. Aku dapat suami yang cukup baik. Dia banyak bantu aku. Dari part sama sama mandikan abah aku sampailah dia membiayai segala yuran dan duit untuk aku print segala assignment assignment aku. Dan yang paling aku gembira, dia setuju untuk menjaga anak arw4h abang aku.

Terima kasih ya Allah kerana kau hantarkan dia untukku. Maka start la rutin kami sebagai mummy dan daddy instant. Masa tu lah kami belajar macam mana nak pilih botol susu yang elok, brand apa yang bagus untuk diapers, cara untuk bancuh susu dan lain lain lagi. Encik Google sangat lah membantu ye.

Reaksi kami sama macam ibubapa lain yang dekat luar sana yang baru dapat anak. Pejam celik pejam celik, selepas setahun kami jaga anak sulung arw4h abang aku, aku grad dan mula bekerja.. Alhamdulillah aku dapat ringankan sikit perbelanjaan suami aku.. Walaupun kami cuma jaga anak sulung arw4h abang aku, tapi kami tak pernah lupakan anak arw4h abangku yang nombor 2 tu. Kami kerap ambil dia untuk datang ke rumah dan bermain dengan abang dia.

Tapi bila dah namanya budak budak ka. dia rasa abang dia dapat “macam – macam” dari kami tapi kitaorang tak bagi pun “macam macam” dekat dia.. Aku terpukul bila dia berkata begitu. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni. Dia pun anak arw4h abang aku. Dia pun sama anak yatim macam abang dia..

Dia patut dapat sama hak macam abang dia. Kenyataan – kenyataan ni semua menghantui aku semula. Dipendekkan cerita, selang beberapa bulan selepas aku bekerja, berlaku la sedikit konflik antara kakak ipar aku dan aku. Daripada konflik itu, aku terus menyuarakan hasrat kepada kakak ipar aku untuk mengambil anak kedua abang aku.. Biarlah aku yang jaga mereka berdua.. Susah senang aku, biar lah aku yang tanggung asalkan mereka berdua bersekolah (tadika).

Kakak ipar aku setuju memandangkan dia mempunyai sedikit masalah pada masa itu dan dia memberikan anak keduanya kepada aku untuk aku jaga. Aku cuba bagi yang terbaik dan aku yakin semua ibubapa di luar sana pun akan buat benda yang sama seperti aku dan suami aku buat. Orang kata supplement itu bagus, supplement itu kami beli. Orang kata tadika itu bagus, tadika tu kami hantar walaupun kos pendaftaran sahaja sudah memakan belanja ribuan ringgit. Dari tadika sampai lah ke kelas renang, semua aku masukkan.

Niat aku cuma satu.. Aku taknak mereka rasa yang mereka kurang sebab mereka tak ada ayah.. Aku nak mereka rasa yang mereka ni sama sahaja macam anak – anak di luar sana.. Aku uruskan semuanya, daripada anak anak tu kecil sampailah kedua – duanya dah masuk sekolah rendah.

Sumber: Mediaportal / sembangdunia

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini