Lelaki Ini Terkej0t Lihat Makanan Bantuan Orang Ramai Di Tong Sampah

Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat di media sosial di mana semakin ramai individu yang hilang mata pencarian gara-gara gagal untuk keluar mencari rezeki. Situasi yang berlaku turut membuatkan orang ramai yang berkemampuan tampil menghulurkan bantuan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pengguna Facebook iaitu Iz Yunus menerusi perk0ngsiannya menunjukkan makanan-makanan yang sering kali disertakan dalam bungkusan buat golongan yang memerlukan sekadar dibuang di tong sampah.

Lebih mengej0tkan, makanan-makanan yang terdiri daripada beras, gula, tepung, biskut dan sebagainya ini masih belum dibuka dan berada dalam keadaan yang baik.

Gambar-gambar yang dik0ngsikan nyata membuatkan orang ramai sedih dan kecewa. Berikut merupakan antara respon warganet mengenai situasi yang berlaku.

Para warganet turut mencadangkan agar makanan yang tidak dimahukan atau diperlukan disalurkan kepada individu lain berbanding membuangnya bersama longgokan sampah yang lain.

Diharap isu ini tidak lagi berulang bagi menghargai golongan yang berusaha untuk menyalurkan bantuan buat golongan yang memerlukan dalam memastikan orang ramai dapat terus mempunyai makanan yang secukupnya.

SUmber: V0cket, & Facebook Via Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini