Lelaki Ini Sanggυp Belanjakan Lebih RM25,000 Semata-mata Bagi Monyet Liar Makan

“Memang sudah menjadi rutin harian kami sejak hampir empat tahun lalu menyediakan lapan kilogram pisang dan buah-buahan yang dibeli di pasar untuk habµan m0nyet liar di kawasan rumah.

“Kos dibelanjakan sehari sekitar RM20 atau RM600 sebulan namun ia tidak pernah menjadi bebanan malah rezeki kami tidak pernah putµs,” kata S. Saratha, 40.

“Selepas seminggu berpindah, kami ‘dikunjungi’ sekitar 10 ekor m0nyet yang seakan-akan menerima baik kehadiran kami ke kawasan berkenaan dan sejak itulah, suami kerap memberi ia makan pisang.

“Sejak itu, semakin hari jumlah m0nyet bertambah sehingga sekitar 50 ekor yang akan datang pada pukul 7 pagi dan 4 petang hingga 7 malam.

“Lama kelamaan, ia seperti sudah menjadi rutin harian suami ke pasar di Banda Hilir empat kali seminggu membeli lapan kilogram pisang pada harga sekitar RM20,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Saratha, walaupun selepas hampir empat tahun melakukan rutin itu dia sekeluarga tidak pernah diceder4kan m0nyet li4r terbabit yang disifatkannya jinak dan sudah dianggap seperti anak.

Jelasnya, jika tiada bekalan pisang di pasar, suaminya akan ke kedai runcit untuk membeli tiga roti atau biskut sebagai makanan haiwan berkenaan.

“Kadang-kadang, kalau tidak sempat ke kedai, saya hidangkan mereka nasi beralaskan daun pisang yang turut digemari kumpulan monyet tersebut.

“Apatah lagi bagi penganut agama Hindµ, monyet adalah salah satu Tuhan iaitu Hanuman dan bagi keluarga kami, Hanuman adalah salah satu tuhan utama kami membuatkan kami rasa bertuah berada dekat dengannya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd Firrdhaus Mahmood berkata, pihaknya tidak menggalakkan orang ramai memberi makanan kepada haiwan liar termasuk m0nyet dan kera.

“Kita tidak galak perbuatan ini kerana ia boleh mengubah tingkah laku dan kebergantµngan makanan kepada manusia.

“Kandungan makanan manusia pula banyak gula yang boleh menambah dan menggalakkan kadar pembiakan m0nyet atau kera li4r berbanding sumber asli seperti buah-buahan hutan dan pucuk pokok muda,” katanya

Tambahnya, lebih memburukkan lagi keadaan apabila haiwan terbabit mula mencari makanan di kawasan simpanan sampah dan kawasan perumahan sekaligus mewujudkan masalah lain seperti pencem4ran samp4h.

“Di Hong K0ng, pemberi makanan kepada haiwan liar akan dikenakan dend4 namun di Malaysia masih belum ada µndang-µndang khusus sebegini kecuali sekadar nasihat bagi menerapkan kesedaran,” katanya.

Sumber Gazette

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini