LeIaki Ini Rela Berpisah,Bakal Mak Mertua Minta Hantaran 30k

Menerusi satu video tular di TikTok, Ahmad Syahriman berkata dia hanya memiliki pendapatan pendapatan sederhana dan tidak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak RM30,000 yang diminta.

Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin, namun lelaki ini terpaksa melupakan hasratnya itu kerana tidak mampu memenuhi permintaan ibu kekasihnya.

Menerusi video dikongsikan, Syahriman memuat naik gambar memaparkan dirinya dipercayai bekerja sebagai pegawai pemeriksa kesihatan sedang melakukan tugasan rondaan.

Perkongsiannya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan jumlah wang hantaran yang diminta serta mendoakan jejaka itu dipertemukan dengan wanita lebih baik.

Tidak mampu menunaikan pemintaan tersebut, Syahriman berkata dia terpaksa melepaskan kekasihnya serta mendoakan agar gadis itu dipertemukan dengan jodoh lebih baik.

Dalam pada itu, ramai yang tidak bersetuju dengan jumlah hantaran yang diminta apatah lagi ia membebankan pihak lelaki. Tidak kurang juga, ada yang bersetuju dengan tindakan lelaki itu ‘angkat kaki’ serta mengatakan ada hikmah disebalik kejadian.

Sumber: TikTok mr_syahriman / gulapop / kotakmedia.trade

Hukum Lelaki Jika Tidak Memberi Hantaran Kepada Pihak Perempuan

Assalamualaikum.

Saya ada satu kemusykilan berkaitan wang hantaran dari pihak lelaki yang sepatutnya diberikan kepada pihak perempuan tetapi tidak diberikan. Pada awalnya ketika bertunang, pihak lelaki berjanji untuk memberikan wang hantaran kepada pihak perempuan pada hari pernikahan sebanyak RM15000. Pertunangan diikat selama 2 tahun. Dalam waktu 2 tahun tersebut ayah kepada si perempuan meninggal dunia, dan setelah 2 tahun perkahwinan seperti yang dijanjikan berlangsung seperti biasa. Setelah selesai kenduri, saya ada bertanya kepada ibu kepada si pengantin perempuan berkaitan adakah pihak lelaki sudah memberi wang hantaran tersebut kepada pihak perempuan yakni kepada ibu pengantin perempuan. Ibu pengantin perempuan tersebut mengatakan tidak bagi. Kini sudah 4 tahun mereka berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Soalan saya ialah apakah hukum jika pihak lelaki sehingga sekarang tidak beri wang hantaran seperti yang pernah dijanjikan ketika waktu bertunang dulu?

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Jawapan
Wa’alaikumussalam.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Allah SWT berfirman:

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.

(Surah al-Rum: 21)

Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi RA di dalam tafsirnya menyebutkan: “Antara tanda yang menunjukkan adanya hari kebangkitan dan dikumpulkan seluruh manusia di hadapan Allah SWT ialah dengan menjadikan bidadari daripada isteri kamu sendiri untuk menikmati kebahagiaannya. Secara tidak langsung Dia menanamkan rasa cinta dan kasih sayang bagi membentuk kehidupan keluarganya dengan sistem yang baik”.[Lihat: Tafsir Al-Maraghi, jil.21, hlm.37]

Daripada ayat ini, matlamat sebenar perkahwinan ialah untuk mendapatkan sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmat. Inilah tujuan utama sesebuah perkahwinan di samping untuk mendapatkan zuriat yang baik.

Mahar VS Hantaran

Dalam masyarakat Melayu, amalan adat memberi hantaran atau belanja hangus perlu dibezakan dengan mahar. Apa itu hantaran? Hantaran adalah pemberian atau hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pasangannya semasa majlis akad nikah. Ia tiada kaitan dengan akad nikah malah tidak disebut dalam akad dan jika tidak diberi ia tidak menjejaskan akad nikah. Hantaran dipersetujui semasa majlis meminang atau bertunang. Tujuan hantaran kebiasaannya adalah untuk digunakan bagi menanggung segala kos perkahwinan.

Kekeliruan sering berlaku di antara mahar dan juga hantaran yang akhirnya menimbulkan tanda tanya, mana satukah yang sebenarnya disyariatkan oleh Islam? Mahar ialah pemberian yang diwajibkan daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan ianya juga dinamakan dengan mas kahwin.[ Kamus Dewan Edisi ke4, hlm. 975]

Manakala mahar di sisi istilah fiqh pula membawa maksud sesuatu harta yang wajib diserahkan oleh pihak lelaki kepada perempuan kerana berlakunya akad nikah yang menghalalkan perhubungan di antara keduanya. Istilah mahar juga disebut dengan al-Sodaaq di dalam kitab-kitab fiqh. Bahkan terdapat juga nama-nama yang lain diberikan untuk mahar yang mana kesemua istilah tersebut terdapat di dalam AlQuran dan juga hadis Nabi SAW.[ Prof. Dr. Muhammad Al-Zuhayli. Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Dar al-Qalam, jld.4, hlm.109-110]

Apa yang paling penting, pemberian mas kahwin adalah WAJIB. Manakala pemberian wang hantaran adalah TIDAK WAJIB.

Di Malaysia, mas kahwin atau mahar ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri sebagai panduan, manakala wang hantaran pula ditetapkan oleh keluarga. Namun begitu pihak pengantin perempuan boleh menentukan kadar mas kahwinnya dengan kadar yang munasabah atau mengikut kadar setempat yang disebut sebagai mahar mithil (مهر مثل).

Adat memberi wang hantaran telah diamalkan berkurun lamanya sehinggakan sukar untuk dihakis. Ia juga menyebabkan orang tersalah tafsir dan keliru yang mana wajib dan mengikut sunnah dan yang mana adat yang boleh ditinggalkan. Jika hantaran dijadikan mahar, ia boleh menjamin masa depan pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan itu sendiri. Wang hantaran dan segala pemberian bukan sesuatu yang wajib, namun jika ia dijanjikan semasa majlis pertunangan dan menjadi syarat kepada pernikahan maka ia boleh dituntut jika pasangan tidak jadi berkahwin atau putus tunang.

Ia juga boleh dituntut berasaskan janji (kontrak) pertunangan jika pasangan bernikah. Apa pun jika pasangan yang ingin berkahwin mengikat janji dengan sepenuh keikhlasan dan amanah, isu wang hantaran tidak mencukupi atau tidak dipenuhi tidak timbul. Namun jika setelah perkahwinan berlangsung dan pasangan tersebut telah reda meredai sesama mereka, maka terpulanglah kepada mereka sebagaimana yang telah mereka sepakati bersama tentang hantaran tersebut.

Kesimpulannya, Islam hanya menetapkan mahar di dalam perkahwinan. Adapun hantaran berupa wang ataupun barang, ia tertakluk kepada budi bicara dan perbincangan di antara kedua belah pihak. Bahkan sepatutnya mahar dan hantaran ini tidak menjadi penghalang ataupun isu bagi perkahwinan yang telah dilangsungkan.

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini