“Sebagai Seorang lbu, Berita Tent4ng Rayan Juga Buat Saya Tersentuh” Neelofa

Berita kematian kanak-kanak Maghribi, Rayan Awram yang terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrare, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen pada Selasa, telah menjentik hati rakyat Malaysia.

Hati umi tersentuh

Pengacara dan usahawan Neelofa turut terkesan dengan kisah duka tersebut.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Neelofa, 33, menyatakan dia sangat sedih dengan insiden yang menimpa anak kecil berumur lima tahun itu.

Sebagai seseorang yang baru merasa menjadi seorang ibu juga kepada anak lelaki. Berita ini benar-benar buat saya tersentuh sepanjang hari semalam.

Sakit kepala baca berita

Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia tidak dapat membayangkan perasaan kehilangan anak tercinta yang selama ini menjadi penyeri kehidupan.

Dalam pada itu, bekas hos program MeleTOP turut mendoakan agar keluarga terbabit kuat dalam menempuh dugaan Allah.

Jadi sakit kepala bila tengok posting Rayan. Tak sanggup dan tak boleh bayangkan perasaan keluarga anak syurga ini.

Semoga Allah mudahkan keluarganya untuk lalui ketentuan-nya dan menanti Rayan di pintu syurga.

Terdahulu, kenyataan diraja mengumumkan pemergian Rayan sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut.

Menurut laporan media tempatan, Rayan sudah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.

Sumber: Instagram Neelofa

Neelofa selamat bersalin, namakan anak Muhammad Bilal

PETALING JAYA – Selebriti terkenal Neelofa selamat melahirkan anak sulung lelaki pada Sabtu lalu.

Putera sulung yang dilahirkan di sebuah hospital di ibu negara itu diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan suaminya, Haris.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 pukul 3.44 petang.

“Syukur alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,” katanya.

Tambah Haris, dia turut memohoj agar semua menitipkan doa bagi kesejahteraan isteri dan zuriatnya.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya lagi.

Sementara itu laman sosial Neelofa dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan kesejahteraan ibu dan anak.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

Sejak Julai tahun lalu, berita mengenai kehamilan Neeofa hangat diperkatakan umum, namun pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu kekal dengan pendirian untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status kandungannya sehinggalah perkara tersebut dikongsikan baru-baru ini dalam sebuah majlis pelancaran produk baharu keluarannya.

Antara pendekatan Neelofa yang menarik perhatian ramai adalah lebih baik berkongsi tentang kelahiran berbanding kehamilan.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini