B̷aru Usia Dua Bul̷an d̷ah cec̷ah 6kg, lb̷u meng̷aku terp̷aksa ‘berk̷asar’ k̷alau n̷ak k̷asi tid̷ur… rup̷a-rup̷anya kal̷au d̷odoi sl̷ow an̷ak ing̷at aj̷ak m̷ain!

“TEPUK slow-slow dia ingat kita ajak dia main.”

Demikian komen yang ditulis di laman sosial pada video seorang ibu, Zana Rosli, 26 yang kelihatan sedang menepuk lembut anak kecilnya untuk tidur.

Menurutnya yang senang disapa Zana, anak kecil ini, Muhammad Aldriq Iskandar Mohamad Sheqal yang baru berusia dua bulan bagaimanapun tidak akan tidur kerana cara tersebut kurang berkesan.

Jelas wanita yang berasal dari Perlis ini, dia kemudiannya menukar gaya ‘menepuk’ lebih kuat pada bahagian pvnggung anaknya sebelum bayi itu akhirnya tidur dengan lena.

“Asalnya tepuk ni nenek (ibu Zana) yang ajar nak bagi anak mudah tidur. Tapi masa saya tengah p4ntang dulu memang tepuk slow je sebab dia pun masih kecil,” jelasnya.

Kata wanita yang merupakan peniaga makanan berasaskan menu Thailand di Alor Setar, Kedah ini, anak lelakinya dilahirkan tidak cukup bulan kerana masalah kesihatannya.

Anak Zana pernah terkena peny4kit dem4m kuning.

Jelasnya lagi, saiz Aldriq semasa dilahirkan pada 5 Disember 2021 tahun lalu agak kecil dengan beratnya hanya 2.9 kilogram sahaja dan kemudiannya terkena pula dem4m kuning.

“Doktor suruh beranak awal dari tarikh due, sebab saya ada kenc1ng m4nis jadi ris1ko tinggi. Aldriq baru 38 minggu dalam kandungan masa saya kena p4ksa beranak tu. Saya beranak ‘ikut tingkap’ di h0spital swasta di Alor Setar.

“Selepas lahir anak saya dem4m kuning dua minggu. Ris4u juga tengok keadaan dia. Tapi nasib baik dia jenis tak kuat men4ngis atau mer3ngek buat perangai, senang nak jaga.

“Dari masa saya p4ntang lagi dah ajar tepuk sampai dia tidur tu. Lagipun saya tak nak ajar dia tidur dalam buaian. Saya ris4u nanti susah nak bawa pergi jalan. Kalau pergi bercuti, tak kan saya nak angkut buaian sekali,” ujarnya lagi.

Zana telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021.

Menerusi perkongsian video-video lain Zana di TikTok, ramai yang menegur saiz anaknya yang comel dan tembam.

Ujar Zana, dia memberikan svsu b4dan dan svsu formula kepada anaknya yang baru lebih berusia dua bulan dan kini mencecah enam kilogram.

“Ramai yang puji dan geram tengok Aldriq di TikTok. Pipi dia pun bulat dan suka senyum. Bila saya beritahu umur dia baru dua bulan lebih ramai yang terkejut dan tak percaya.

“Saya pun tak sangka cepat betul badan dia naik. Masa umur baru sebulan, berat dia dah cecah empat kilogram. Mungkin dia ikut keturunan belah saya, jenis bertvbuh besar,” tambah Zana.

Perkongsiaan Zana foto terkini anaknya yang berat sudah hampir enam kilogram.

Jelas Zana, video yang tular tersebut hanya sebagai kenangan untuk anaknya dan ingin berkongsi dengan para ibu yang ada anak kecil sepertinya.

Zana turut menceritkan bahawa dia tidak keseorangan kerana ramai netizen diruangan komen sehingga mencecah lebih 6,000 yang turut bercerita mengenai anak-anak mereka yang juga perlu ditepuk dengan cara k4sar untuk tidur.

Komen netizen:

Sumber:SinarNasional

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini