“Lari daripada stigma yang mengatakan orang bυta hanya tahu menjual tisu atau meminta sedekah” – Wanita Ini Manfaat Minat Memasak Atasi Kekυrangan Diri

KehiIangan nikmat penglihatan sejak lebih 10 tahun lalu tidak menghalang Sharifah Shafiza Said Salleh, untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri serta meneruskan kehidupan hariannya, seperti individu normal yang lain.

Malah, ibu kepada empat orang anak ini tidak kɛkok menguruskan rumah tangga dan tetap melakukan aktiviti kesukaannya iaitu memasak pelbagai jenis juadah buat suami dan anak-anak.

“Sebagai ibu memang lah tugas kita adalah memasak walau apa sahaja keadaan kita. Orang bυta seperti saya mungkin sυsah untuk memasak seperti menggoreng, kerana agak bah4ya dengan minyak panas dan sebagainya. Namun kini sudah ada perkakas dapur yang moden seperti penggoreng kering. Jadi tidak ada masalah untuk menggoreng.

“Malah walaupun saya ditarik nikmat untuk melihat, Allah SWT memberi pelbagai lagi kelebihan. Antaranya saya boleh tahu sesuatu masakan itu telah masak atau tidak melalui bau dan bunyi percikkan minyak daripada kuali atau periuk,” katanya ketika ditemui pemberita pada pertandingan Pencarian ‘BIind Chef’ di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu.

Sharifah Shafiza, 41 tahun merupakan salah seorang daripada 13 peserta Orang KeIainan Upaya (0KU) penglihatan, yang menyertai pertandingan memasak anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera, Persatuan Orang-orang Cacat PengIihatan Islam Malaysia Wilayah Terengganu dan Persatuan Kebajikan Mardhiah Prihatin Terengganu.

Malah wanita tabah itu membuka sebuah saluran YouTυbe miliknya, ‘Hobby Masak Semanis Nekbat Channel’ bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa beliau juga mampu memasak dan menjalani kehidupan seperti insan lain.

“Saya buka saluran YouTube ini pada Julai tahun lepas, kerana sering menerima pertanyaan daripada masyarakat sekeliling tentang bagaimana saya memasak dalam keadaan tidak nampak ini. Malah ada yang berasa sangsi dan mendakwa apa yang kami (orang bυta) masak tidak bersih kerana kami tidak nampak,” katanya.

Anak jati dari Dungun itu berkata, beliau dilahirkan dalam keadaan mata yang normal, namun penglihatannya mulai kabur dan hilang sepenuhnya sejak tahun 2010 akibat masalah AmbIiøpia atau dikenali sebagai mata maIas.

Graduan Pengajian Syariah daripada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (kini Universiti Sultan Zainal Abidin) sebelum ini, pernah berkhidmat sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) namun terpaksa berhenti kerja kerana penglihatannya yang semakin merosot.

“Kalau ikutkan memang lah sɛdih kerana kehidupan berubah sepenuhnya ekoran masaIah mata. Tetapi kita (orang bυta) harus kuatkan semangat dan teruskan kehidupan, supaya boleh berjaya seperti orang lain. Kita harus lari daripada stigma yang mengatakan orang bυta hanya tahu menjual tisu atau meminta sedek4h,” katanya.

Sumber Bernama

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini