Lana Nordin Pers0al Petug4s Tak Pakai PPE, Staf KKM Ded4h Perkara Sebenar

Sejak semalam, nama Lana Nordin telah menjadi bualan susulan satu video menunjukan seorang lelaki berbaju hitam telah masuk ke ruangan yang menempatkan mayat di dalam lori tanpa memakai PPE seperti beberapa individu lain di tempat tersebut.

Lana Nordin telah memuat naik video berkenaan dan mempertikaikan tindakan itu disamping meragui tentang pandemik serta Kementerian Kesihatan yang menangani Covid-19.

Kritik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Namun begitu, tindakan selebriti berkenaan nyata telah mendapat kecaman berhubung kelantangannya yang mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang dikatakan hanya ‘bersandiwara’ kerana beliau sendiri tidak memakai pelitup muka semasa diluar sidang media mengenai pandemik.

Sehubungan dengan itu, seorang staf dari KKM telah menjelaskan berkenaan pemakaian PPE yang biasa digunakan untuk mengendali jenazah pesakit Covid-19.

Tak sentuh jenazah, tak perlu pakai PPE lengkap

Menurut Mat Yoe, video berkenaan adalah video jenazah pesakit Covid-19 yang dipindahkan dari lori ke kontena. Jadi, lelaki berbaju hitam itu langsung tidak menyentuh jenazah, oleh itu tidak ada keperluan untuknya memakai PPE walaupun sepatutnya dia perlu memakai apron, seperti anggota lain.

Disamping itu, mereka yang memakai baju berwarna biru di dalam video berkenaan juga tidak memakai suit penuh PPE dan baju tersebut merupakan baju hospital.

Risiko jangkitan rendah

Jenazah juga telah dibalut dengan plastik dan risiko jangkitan adalah rendah. Namun, mendedahkan diri kepada jangkitan adalah salah dari segi undang-undang kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Dalam pada itu, Mat Yoe turut meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang masih merasakan Covid-19 ini hanyalah satu agenda dan rekaan semata-mata.

Jadi, dia berpesan supaya berhati-hatilah kerana jika ahli keluarga atau diri sendiri sudah dijangkiti, jangan pula menyesal dikemudian hari.

Sumber: Instagram Lana Nordin, Facebook Mat Yoe

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini