“Lama Abah Idam Nak Ada Rum̷ah Sendiri…” – Ajak Shiro Buat Rum̷ah Untuk Bap̷a

“Alhamdulillah dah nak siap dah rumah. Dah lama dah abah saya ni nak ada rumah sendiri. Kesian dia, dulu nak besarkan kiteorang lapan orang, tak ada duit nak buat rumah. Dah pencen baru ada duit… Allah hai… Sekarang ni kita tunggu rumah pencen siap,” kata pelawak dan penyampai radio, Ajak yang terharu.

Ajak berk0ngsi rasa teruja melawat ke tapak pembinaan rumah baharu bapanya, Razak Pakon di Kluang, Johor. Rumah tersebut dibina khas demi memenuhi impian bapanya yang ingin memiliki kediaman sendiri selepas berpencen.

View this post on Instagram

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Kata Ajak, rumah setingkat yang memiliki tiga bilik tidur itu kini masih dalam pembinaan dan sudah hampir siap. Lebih menarik lagi, menerusi video tersebut Ajak turut membuat ‘tour’ sekeliling rumah yang berlatar belakangkan pemandangan indah dari Gunung Lambak.

“Tak tergambar dengan kata-kata, happy rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan peng0rbanan Abah dan emak membesarkan kami lapan beradik memang tak ada. Semoga Abah gembira ada rumah sendiri,” ujarnya.

Tambah Ajak lagi, dia berharap agar kediaman tersebut dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini: “Insya-Allah kalau tak ada aral melintang saya harap Abah dapat duduk di rumah baru sebelum tahun hadapan.

“Apa pun saya berterima kasih kepada tukang rumah yang bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka dengan baik dan kemas,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut turut mendoakan kelan.caran proses pembinaan rumah bapa Ajak dan diberikan kesihatan yang baik.

Rata-rata mereka juga bersetuju bahawa, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat ibu dan bapa sendiri gembira.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & foto dipetik dari Astr0 Gempak & Instagram Ajak Shiro

Via Mytv Viral