Lain Dari Yang Lain Dah Macam ‘BantaI Busvk’, Kanak2 Suka Tidur PeIuk ‘Labu’ Nangis Bila Diambil

Kebiasaanya kanak-kanak mempunyai ‘bantal busuk’ sebagai peneman mereka terutamanya pada waktu tidur.

Terdapat pelbagai jenis bantal busuk yang sering dipeluk kanak-kanak seperti bantal, patung beruang dan sebagainya.

Bercakap tentang bantal busuk, baru-baru ini tular kisah seorang kanak-kanak mempunyai ‘bantal busuk’ yang unik, iaitu sebiji labu.

Bantal busuk / mainan lain dari yang lain

Video:

@mia_miyuii

Reply to @arisha_shahwan bgun tdur dan masa nak tdur ja dia nangis la kalau d ambil labu tu 😄 sbb kalau mood okey dpt dia ambil balik😂

♬ original sound – Mia Yuhaa – Mia Yuhaa

Malah, anak kecil ini sering dilihat membawa labu ke mana-mana sahaja, sekaligus menarik perhatian netizen dengan gelagat comel dan mencuit hati melalui video dikongsikan oleh ibunya di Tiktok.

Menangis bila labu diambil
Agaknya apalah yang difikirkan oleh anak kecil ini ketika memeluk labu tersebut, mungkin disebabkan ia sejuk dan berbentuk bola, baginya amat senang dan nyaman untuk dipeluk.

Bukan itu sahaja, dia juga akan menangis jika labu ‘kesayangannya’ diambil daripadanya.

Menjengah ke ruangan komen, ternyatatelatah anak kecil ini membuatkan ramai netizen terhibur. Dalam pada itu, ramai juga yang berasa hairan melihat rakan ‘unik’ kanak-kanak berkenaan.

Sumber: TikTok mia_miyuii

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini