K̷ej̷am..! Ramp̷as Kot̷ak Alas T̷ido, Sep̷ak Gelandang̷an Hingg̷a Terd̷uduk

Sejak semalam, tular di media sosial satu video seorang gelandangan yang dipercayai ditendang oleh seorang individu sehingga tertunduk menahan sakit.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Krul Nizam dengan mengatakan kejadian tersebut dirakam sekitar 14 Januari 2022 jam 7 pagi di Bukit Bintang.

Rampas kotak2
Dalam video tersebut, dapat dilihat beberapa individu bertindak mengemas tempat tidur gelandangan itu yang sarat dengan sampah serta kotak-kotak alas tempat tidurnya.

Dia yang cuba menahan barang-barang tersebut dikemas seakan cuba menghalang namun secara tiba-tiba salah seorang daripada individu berkenaan menendang perut gelandangan yang dipercayai warga emas.

Walaupun ramai yang faham akan tindakan gelandangan itu sememangnya salah kerana tidur dan membuat kawasan tersebut bersepah, namun perilaku kasar yang dilakukan ketika membersihkan tempat berkenaan agak keterlaluan.

Hal ini membuatkan banyak pihak kurang senang dan mengecam tindakan kasar tersebut di ruangan komen Krul Nizam.

Seronok ke sepak orang tua?
Rata-rata meluahkan rasa marah kerana menganggap tindakan biadap itu tidak harus dilakukan kerana gelandangan tersebut juga manusia biasa dan sudah pun berusia.

Sepatutnya proses membersihkan kawasan tersebut dilakukan dengan cara yang lebih baik agar tidak menyakiti mana-mana pihak dengan sesuka hati.

Tak ada hati perut betul

Suka2 sepak orang

Kerja tinggi adab tak ada tak guna juga

Video Klik Disini

Sumber: Facebook Krul Nizam

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini