MemiIukan! Sarungkan Topi Konvokesyen Di Batu Nisan, Gadis Ini Kongsi Kejayaan Di Pυsara Ayah

Pemergian insan tersayang dalam kehidupan sememangnya sesuatu yang sangat memilukan. Lebih-lebih lagi jika insan itu merupakan ibu atau bapa kita. Baru-baru ini, seorang gadis berasal dari negara jiran, Indonesia memuat naik satu video menerusi akaun TikT0k miliknya, yussrilinnah.

Video pendek itu memaparkan gadis itu sedang menziarahi ku bur arwah bapanya, yang dipanggil ‘abah’, dan dia dilihat memakai jubah lengkap dengan ‘mortar board’ di atas kepala kerana baru sahaja menamatkan pengajiannya. “Mungkin jika abah ada sewaktu majlis tamat pengajian kelmarin pasti seperti ini,” tulisnya pada video berkenaan.

Namun, apa yang menyedihkan dalam video tersebut adalah saat dia menanggalkan ‘mortar board’ dan meletakkannya di atas batu nisan, seakan-akan dia sedang menyarungkannya di atas kepala bapanya. Akibat tidak dapat menahan kesedihan, dia mengusap kedua-dua pipinya berkali-kali untuk mengesat juraian air mata yang jatuh merindui arwah bapanya.

Jika bapanya masih ada, kalau waktu diputar kembali, dia ingin meluahkan segala kegembiraan dalam hati, memandang tepat ke anak mata bapanya dan meneriak memberitahu: ‘Abah, anakmu ini telah berjaya membuat abah bangga!’.

Tetapi sayang seribu kali sayang, luahan itu tidak akan sampai kepada orang yang dituju kerana bapanya itu telah pergi buat selama-lamanya. Tiada lagi senyuman serta pujian daripada seorang ‘bapa’, tanda bahagia tatkala melihat kejayaan yang diperoleh oleh anak gadisnya itu di dunia ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak melihat perkongsian gadis itu. Dalam pada itu, mereka turut mendoakan buat arwah bapanya dan memberi kata-kata semangat kepada dirinya.

Semoga bapa kamu ditempatkan di syurga paling tinggi.

Bapa kamu sangat bangga dengan kamu.

Tahniah sis, kuatkan semangat.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan pergi menghadapNya. Sementara mereka masih bersama dengan kita, hargailah kedua orang tua kita dan luangkan masa bersama selagi berpeluang. Hidup ini sementara. Tunjukkan pada mereka betapa kita sayangkan mereka… Semoga sis itu kuat menghadapi segala ujian dalam hidupnya. Amin!

Sumber TikTok yussrilinnah

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini