Kon0n Pr4nk Sor0k Perempuan Lain, Tapi Reaksi Isteri Buat Ramai Terk3ut

Adakah anda pernah melakukan prank pada keluarga atau kawan-kawan? Biasanya reaksi si m4ngsa yang selalu menjadi bahan hiburan setiap kali melakukan prank ini kan. Sama lah macam yang dikongsikan pasangan suami isteri ini.

Di dalam prank ini, si suami berpura-pura kononnya menyorokkan wanita lain di dalam bilik mandi. Namun reaksi isterinya ini tidak disangka-sangka dan mencuit hati ramai.

Vide0:

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki ini telah melakukan satu prank untuk menguji si isteri yang langsung tidak tahu apa-apa. Dia berdiri di hadapan pintu bilik mandi dan kononnya sedang menyorokkan wanita lain di dalamnya.

Si isteri yang cur1ga melihat gelagat suaminya itu kemudian terus mengangkat lelaki itu untuk mengalihkannya dari situ. Lelaki tersebut yang terkejut dengan tindakan si isteri hanya mampu ketawa sebaik saja dirinya diangkat.

Wanita tersebut kemudian meluru masuk ke dalam bilik mandi dan baru sedar ianya hanyalah satu prank sahaja. Video reaksi tersebut tular dikongsikan di Tik Tok dan menerima empat juta tontonan setakat ini.

Di ruangan komen, rata-ratanya turut sama terhibur dengan reaksi wanita ini. Ramai juga yang tidak menyangka wanita tersebut mampu mengangkat suaminya dek kerana perasaan ingin tahu yang tinggi.

Sumber : HCL / TTK / Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini