“Kita mudahkan kerja bini” – Syamel TerkiaI-KiaI Sidai Baju Sambil Live Dipuji Ramai

Beruntung jika dapat suami ringan tulang kan? Sama-sama uruskan rumah tangga termasuklah bab mengemas, mencuci, mahupun menguruskan anak.

Bukan apa, bukan sekadar rumah dapat diurus dengan cepat, kasih sayang di antara suami dan isteri juga semakin bertaut.

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Syamel menerusi medium TikT0k miliknya memuat naik sebuah video yang mencuit hati.

Menerusi rakaman tersebut, suami kesayangan Ernie Zakri itu dilihat sedang menyidai pakaian yang sudah siap dicuci sehingga meraih komen dan perhatian ramai.

Video pendek tersebut memaparkan Syamel seolah-olah pening, terkial-kial dan asyik bertanyakan kepada isterinya, Ernie Zakri sama ada caranya itu betul atau tidak.

Gelagat penyanyi yang terkenal dengan lagu Ada Cinta, nyanyian duet bersama isterinya itu cukup menghiburkan.

Malah, rata-rata warga maya memuji ayah kepada Nur Khawla Soleha itu kerana sangat rajin dan mahu membantu meringankan urusan isterinya di rumah.

@sarangspider

Yang kau sidai baju Jepun kenapa 🤣🤣 #Syamel

♬ original sound – sarangspider – sarangspider

Berikut antara petikan kata-kata mereka:

“Rajin Syamel tanya Ernie apabila tidak tahu. Takut kena sembur.”

“Walaupun kelakar, tetapi bagus sebab meringankan beban isteri.”

“Rajin betul. Kalau suami saya, nampk baju jatuh pun tunggu arahan angkat, barulah angkat.”

“Baguslah siap minta izin, yang ini sidai begini, yang itu sidai begitu. Jika suami saya, asalkan semua sidai sudah.”

“klo org dulu² mmg mrh/bising sidai baju mlm². lg 1 klo biar baju x berangkat ble dah mlm. mak sye pon bising..”

Sememangnya pasangan sehati sejiwa itu sangat kelakar orangnya. Ada sahaja gelagat mereka yang membuatkan warga maya terhibur.

Sumber [email protected]

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini