“Kisah Pengorbanan Se0rang Ayah” Glgih Susun Duit SyiIing Untuk BeIikan Handph0ne Untuk Anak

Ayah Gigih Susun Duit Syiling Untuk Belikan Handphone Untuk Anak. Seorang ayah sanggup simpan duit untuk membeli handphone untuk anaknya. Dik hargai lah ayah kau. Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sebab itu, mereka tidak kisah membanting tulang untuk mencari rezeki demi kebahagian cahaya mata.

Namun begitu, bukan semua ibu bapa ditakdirkan hidup dalam kemewahan dan mampu untuk memberi apa sahaja kepada anak-anak dengan mudah. Ada yang terpaksa berjimat serta berhutang bagi merealisasikan impian polos zuriat mereka.

Kisah bapa yang begitu menyentuh hati. Menerusi satu perkongsian yang diperoleh di laman sosial Twitter, seorang pemuda dikenali sebagai IzwanHS telah memuat naik satu gambar seorang lelaki menyusun duit syiling di kedai telekomunikasi kerana ingin membeli telefon bimbit untuk anaknya.

Walaupun kejadian itu berlaku di Filipina, namun ia tetap memberi kesan kepada setiap lapis masyarakat mengenai pengorbanan seorang bapa.

Susun duit syiling atas kaunter bayaran

Di Filipina, sebuah portal telah menjelaskan bahawa lelaki tersebut menyusun syiling di kaunter bayaran kedai telekomunikasi bagi membayar harga telefon untuk anak lelakinya.

Kegigihan dan pengorbanan lelaki tersebut turut dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial di twitter, facebook dan instagram sampaikan ianya tular di merata tempat seluruh dunia.

Sanggup bekorban untuk anak

Seorang netizen telah menulis kapsyen yang menyatakan betapa dia begitu kagum dengan pengorbanan lelaki itu untuk anaknya dan berharap dapat bertemu lelaki itu pada masa akan datang.

Tolong hargai ayah kita

Menerusi perkongsian yang ditularkan di Twitter milik Izwan di Malaysia, rata-rata netizen telah menzahirkan pelbagai maklum balas. Rata-rata memberitahu bahawa anak kepada lelaki itu amat beruntung kerana mempunyai ayah yang sanggup bekorban demi kebahagiaan dirinya.

Betul-betul buat sebak

Dulu nak minta mak ayah susah sangat

Semoga pak cik ni dimurahkan rezeki

Semoga anaknya akan menghargai pengorbanan bapa yang berusaha untuk menunaikan kehendak anaknya. Jadilah seorang anak yang baik dan mendengar kata ibu bapa serta jangan hampakan mereka.

Sumber : Philnews, Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini