Kisah Misteri Kubur Di Tengah Jalan, Di Turki – Jom Baca..

Satu kubur misteri yang terletak di negara Turki menjadi tumpuan penduduk dan pelancong kerana ‘keunikannya’ yang agak pelik apabila ianya terletak di tengah-tengah jalan.Kubur Misteri Di Tengah Jalan Di Turki

Di batu nisan kubur tersebut tertulis seperti ‘Gariban Sehit Serif Baba’, namun pemiliknya yang sebenar tidak dapat dikenalpasti sehingga sekarang. Menurut penduduk tempatan, tiada seorang pun yang tahu siapa pemilik kubur tersebut dan kubur itu juga sudah berada di situ sejak sekian lama.

Kewujudan kubur itu di tengah-tengah jalan menjadi tumpuan ramai hingga menyebabkan jalan tersebut menjadi popular.
Meskipun tidak diketahui siapa pemilik kubur, namun penduduk tempatan percaya lokasi kubur itu adalah terletak di halaman rumah seseorang pada suatu ketika dahulu. Namun, rumah berkenaan telah dirobohkan untuk membina jalan disitu.

Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Ahmet Hark memberitahu kubur itu ditemui oleh buruh yang bekerja membina jalan disitu. Mereka tidak mahu ‘mengganggu’ kubur tersebut dan hanya membiarkannya tanpa mengalihkannya ke tempat lain.

Tambahnya lagi ‘si mati’ pernah muncul dalam mimpi beberapa pemilik rumah berkenaan yang ‘memberitahu mereka supaya jangan ganggu kuburnya’.

Pihak berkuasa tempatan dikatakan pernah bercadang untuk memindahkan kubur tersebut, tetapi para pekerja kemudiannya dikhabarkan mula mendapat mimpi-mimpi yang aneh. Mereka diberitahu oleh ‘kubur’ berkenaan dalam mimpi agar jangan memindahkannya dan membiarkannya di situ.

Sehingga hari ini, kubur tersebut masih lagi berada di tengah-tengah jalan berkenaan.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini