Kisah Lelaki Yang ‘membina’ hutan, Usaha Lelaki Ini Menanam Pokok Di Tanah Tandus Pada Awalnya Ditertawakan

Kira-kira 350 kilometer dari bandar Guwahati di wilayah Assam, India, terdapat sebuah kawasan hutan tebal dengan keluasan melebihi 1,000 hektar yang memenuhi sebahagian besar daerah Kokilamukh.

Pintu masuknya terletak di pinggir sungai Brahmaputra dan ia telah menjadi habitat haiwan liar daripada pelbagai jenis spesies. Inilah Mulai Kathoni, sebuah hutan yang telah dibina oleh seorang lelaki secara sendirian selama hampir empat dekad.

Manusia sering melupakan kelestarian alam. Rakus menarah hutan yang dilakukan atas alasan pembangunan. Itulah situasi yang pernah terjadi di daerah Kokilamukh, khususnya di Mulai Kathoni.

Sekitar hampir empat dekad yang lalu, kawasan ini hanyalah sebuah daerah yang gersang. Hutannya telah digondolkan akibat dari aktiviti pembalakan secara besar-besaran. Tiada apa yang tersisa. Apa yang tinggal hanyalah sebuah delta kering yang luas terbentang.

Ekosistem di sekitarnya mula berubah. Paling terjejas teruk ialah habitat semula jadi haiwan. Mereka tiada lagi tempat tinggal dan terpaksa bertempiaran lari apabila ‘rumah-rumah’ mereka telah dimυsnahkan.

Perkampungan di sepanjang sungai Brahmaputra juga turut menerima kesan sampingan. Kawasan itu sering dilanda banjir. Dan paling menyayat hati apabila aliran air itu turut membawa bangkai-bangkai haiwan liar yang hilang ‘rumah’ asal mereka.

Seorang penduduk kampung, Jadav Payeng yang ketika itu baru berusia 16 tahun merasakan perkara itu tidak seharusnya berlaku. Sesuatu perlu dilakukan. Remaja tersebut menghubungi Jabatan Perhutanan Jorhat untuk memberikan gambaran apa yang telah berlaku. Namun, suaranya langsung tidak diendahkan oleh pihak berwajib.

Bermula daripada situ, Jadav mula mengatur langkah dengan menanam pokok di kawasan tersebut secara sendirian. Impiannya pada ketika itu ialah ingin mengembalikan semula hutan di daerah berkenaan.

Namun, usahanya mendapat sindiran dan diketawakan penduduk kampung. Sementelah usianya yang masih terlalu muda membuatkan orang lain menganggap ia hanya sekadar satu angan-angan kosong sahaja.

Tetapi tekadnya untuk mengabdikan diri kepada hutan tetap diteruskan. Bermula pada tahun 1979, dia memulakan aktiviti tersebut. Setiap hari, dia akan membawa anak-anak pokok untuk ditanam di kawasan berkenaan.

Pada peringkat awal, dia memulakan dengan menanam pokok buluh. Apabila pokok-pokok tersebut mula membesar, dia mula menanam benih spesies pokok yang lebih besar.

Di rumah, Jadav akan mengumpul semut-semut dan mencari cacing. Setiap kali dia pergi ke hutan, Jadav akan membawa haiwan-haiwan kecil ini untuk dilepaskan dan menjadi agen untuk menyuburkan tanah.

Selama lima tahun dia melakukan aktiviti itu, usahanya mula menampakkan hasil. Pokok-pokok yang ditanam mula membesar, bercambah dan mengeluarkan benih baru. Tanpa disedari, Jadav sebenarnya telah mengusahakan hutan seluas 300 hektar secara sendirian. Namun, masih belum ada haiwan-haiwan liar yang menjadikan hutan tersebut sebagai habitat.

Usahanya tidak terhenti di situ. Dia secara konsisten terus menanam anak-anak pokok untuk membina hutan yang lebih besar. Jadav secara perlahan-lahan berusaha untuk mengubah landskap tanah tersebut menjadi sebuah hutan simpan.

Hanya kira-kira selepas 12 tahun, Jadav dapat melihat haiwan-haiwan liar mula mengunjungi hutan berkenaan dan menjadikannya sebagai habitat. Antara haiwan terawal yang menetap di situ ialah burung-burung liar. Kehadiran unggas ini turut membantu mencambahkan benih-benih tumbuhan hutan.

Kini, setelah empat dekad, hasil usaha Jadav secara total telah mengubah landskap di sepanjang sungai Brahmaputra. Kawasan yang dahulunya gersang telah bertukar menjadi sebuah kawasan hutan seluas lebih daripada 1,000 hektar.

Apa yang paling menakjubkan, kawasan tersebut telah dihuni oleh haiwan-haiwan terancam seperti gajah, badak sumbu, harimau benggal dan binatang-binatang hυtan yang lain. Jadav sendiri tidak dapat menjelaskan bagaimana haiwan-haiwan tersebut boleh sampai ke situ.

Pada tahun 2008, usaha lelaki ini telah mendapat perhatian daripada Jabatan Perhutanan. Mereka secara tidak sengaja telah sampai ke hutan ini dan terperanjat melihat perubahan drastik yang berlaku di kawasan tersebut. Sejak dari itu, pihak Jabatan Perhutanan sering melawat ke kawasan berkenaan dan menghargai apa yang telah dilakukan oleh Jadav.

Pernah pemburu haram menyelinap masuk ke kawasan hutan Mulai Kathoni untuk membυru badak. Namun, pihak Jabatan Perhυtanan segera mengambil tindakan untuk melindungi haiwan terancam itu.

Jadav Prayeng hanya tinggaI di sebuah pondok kecil di dalam hutan tersebut bersama isteri dan tiga orang anaknya. Dia menternak lembu dan kerbau, dan menjual hasil susuan untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Atas usahanya itu juga, Jadav telah menerima beberapa penghormatan dan anugerah. Kisah Jadav yang digelar ‘The forest man of India’ bukan saja menggamit media tempatan, malah turut mendapat liputan media antarabangsa di atas usaha murninya itu.

Sumber Infiniti

Secons Viral tidak bertanggungjawab terhadap komen yang dinyatakan melalui halaman sosial ini. Ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat siaran komen adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Kongsikan Ya.. Terima kasih..

Ayuh! sertai kami di halaman terbaru kami, Sila Klik Di Sini –> DetikIni ViralPress

Jom sertai group Kuliah Apa Hari Ini (CAHI) sama-sama mencari dan berkongsi ilmu… insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Mahu Sertai –> Klik Di Sini