Kis̷ah Diseb̷alik Pak Cik Jual Lepat Pis̷ang Di Kedah Ini T̷arik Perh̷atian Warg̷anet

Diperbuat daripada tepung ubi atau beras, kuih lepat pisang yang dibungkus dan dikukus bersama daun pisang sememangnya menjadi pilihan ramai penggemar kuih tradisional.

Maka tidak hairanlah perk0ngsian daripada @Nuriyliamalek di Twitter baru-baru ini mengenai sebuah gerai lepat pisang di Jitra, Kedah berjaya menarik perhatian warganet dan mendapat lebih daripada 5,000 retweet.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan perk0ngsiannya itu istimewa dan yang menarik perhatian warganet bukanlah disebabkan kuih itu semata-mata tetapi kisah pak cik penjual lepat pisang itu yang membuatkan ramai sayu bila mendengarnya.

Menurut Nurilyia, pak cik berkenaan yang mempunyai gerai bersebelahan Hospital Jitra itu kini sedang mengumpul wang untuk pembe.dahan mata.

Pembe.dahan itu menurut pak cik berkenaan terpaksa dilakukan kerana masalah penglihatan yang berpunca daripada penyak!t kencing manis yang dialaminya.

“Pak cik cakap dia nak buat operation mata. Mata tak nampak sebab kencing manis.

“Jumlah semua RM3,000. Sekarang baru ada ratus-ratus,” k0ngsi beliau di Twitter.

Tersentuh dengan kisah pak cik berkenaan, warganet kemudiannya menggunakan kuasa v!ral mereka untuk menghebahkan kisah pak cik berkenaan.

Selepas beberapa hari ia dik0ngsikan di Twitter, perk0ngsian berkenaan sudah pun dik0ngsikan kembali lebih 5,000 kali dan rata-rata warganet mula menyatakan hasrat untuk membantu pak cik berkenaan.

“Yang (duduk) kawasan Jitra boleh la pi beli lepat pisang, pulut udang dan tepung bungkus dekat pak cik ni.

“Memang sedap, empat biji RM2.00 boleh campur-campur,” tambahnya.

Sudah cuba, memang sedap

Perk0ngsiannya itu juga bukan sahaja membuatkan orang ramai berpusu-pusu untuk menol0ng pak cik berkenaan, malah turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang pernah mencuba kuih-muih yang dijual di gerai berkenaan.

Seperti disangka, rata-rata daripada memberikan ulasan bahawa kuih-muih yang dijual pak cik sememangnya berbaloi untuk dicuba mereka yang belum pernah mencuba.

“Pulut udang dia sedap. Kalau pi beli nasi kerabu Kak Bed, tala balik mesti tapau pulut udang kat pak long ni,” k0ngsi mhmmdfthi di hantaran berkenaan.

“Minggu lepas pernah beli masa OTW (on the way) balik rumah. sedap rasa orang lama buat.U know what I mean,” tambah nrzulfaa.

Jadi kepada anda yang berada di Kedah atau berhampiran dengan gerai pak cik ini, apa kata anda mencuba kuih muih yang dijual beliau.

Bukan sahaja diyakini sedap malah anda juga berpeluang untuk membantu beliau menjalani pembedahan mata yang berpunca daripada penyakit kencing manis yang dialaminya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & foto diambil dari The v0cket Via Mytv Viral