Kini D̷ine In Diben̷arkan Di Semua Negeri Mula̷i Esok Bagi Ind̷ividu Lengk̷ap V̷aksin

Individu lengkap dos suntikan vaksin C0VID-19 di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan menikmati hidangan di restoran dan kedai makan mulai esok.

Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran itu merupakan antara kemudahan sosial dan ekonomi tambahan yang diput0skan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Khamis.

“Saya ingin menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan lebih baik,” katanya.

“Pemilik premis perlu pastikan pelanggan yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi C0VID-19,” katanya.

Seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi beberapa kriteria iaitu melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua bagi Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac, manakala bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Sumber Asal: Xtra, Facebook MKN

Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini