Kerana Penampilan Dan Warna Kulit, Ramai Yang Tanya Sama Ada Saya Islam Atau Hindu – Saya Beragama Islam

“Ramai yang tanya sama ada saya Islam atau Hindu. Nasihat saya pada semua, tak kiralah agama dan bangsa apa, janji kita semua kena menjadi manusia baik serta saling menghormati.”

Demikian kata pemuda, Daniel Ezra Mohd Shafiq Nichleseon Abdullah bagi menjawab soalan wargenet di TikT0k yang mempersoalkan bangsa dan agama dianutinya.

Menurutnya, perkara itu sering menjadi ‘buah mulut’ terutama dalam kalangan pengikut atau ‘followers’ yang baharu mengikutinya di media sosiaI hanya kerana penampilan dan warna kulitnya.

“Soalan sebegini memang kerap dan banyak kali ditanya terutama ketika saya membuat sesi siaran langsung di TikTok. Saya pula jenis yang suka berinteraksi dengan ‘followers’, kiranya menjadi keperluan untuk saya menjawab persoalan mereka.

“Sebelumnya, perkara ini saya pernah jelaskan di Instagram, tapi disebabkan di TikT0k ada ramai pengikut baharu itu yang saya kena jawab sekali lagi.

“Dałam masa sama, saya perlu elakkan tanggapan negatif sekali gus dapat mendekatkan diri dengan mereka.

“Ingin dijelaskan, arw4h ayah saya seorang mualaf dan mak pula India Muslim. Jadi, saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, tidak pernah timbul soal kecil hati setiap kali ditanya soalan sama berulang kali termasuk daripada orang sekeliling yang baharu dikenali.

“Kalau dulu saya tak terbuka untuk bercakap soal ini. Namun, apabila semakin meningkat dewasa saya semakin okay. Sejujurnya, tak pernah berasa kesal dan kecil hati.

“Macam dulu, saya pernah tindik telinga. Apabila tahu saya beragama Islam ada yang tegur. Tapi, saya okay dan terima. Sampai satu tahap, saya mula belajar mengenai agama dan berubah secara perlahan-lahan ke arah yang lebih baik,” katanya.

Menurutnya yang aktif dalam penciptaan lagu bahasa Inggeris, dia kini mahu mencuba nasib dalam pasaran industri muzik Melayu.

Mengakui pertuturan dan penguasaan bahasa Malaysia masih kurang, Ezra berkata, dia dalam proses belajar.

“Sebenarnya dari dulu lagi dah minat nak menulis lagu Melayu. Saya pernah menghasilkan satu lagu tapi tak keluarkan sebab kurang yakin.

“Saya takut dikecam. Jadi, sekarang ini saya nak memberanikan diri ke arah itu. Apa saya buat adalah dengan belajar bahasa Melayu betul-betul.

“Saya boleh saja bercakap Melayu, tapi dalam penulisan saya takut salah. Saya tidak mahu merosakkan bahasa rasmi kita. Lagi pula, kebanyakan pengikut saya di media sosiaI adalah orang Melayu, itu yang saya cuba nak keluarkan lagu Melayu selepas ini,” katanya yang mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

@ezrakairo

Harap2 orang dah tak tanya dah ahahaha 🙏🏽 #fyp #foryou

♬ original sound – Ezra Kairo – Ezra Kairo

Komen netizen:

@LadyAna90:Ya btul tu.. x kira agama dan bangsa yg penting menghormati each other..

@penat.:thats truee,saling hormat andd berbaik dengan orang,btw apa cerita bike anak buah tu?dah melayang smpai mana?😔☝🏻

@Taken……😊😊😊:Assalamuakaikum.sblm ni ragu2
full pakej.

@Aishah Jaafar:betul kena saling hormat menghormati. sebab sy pun mix. my grandpa india masuk islam dari kecil.

@STAYfam:akhirnya boleh juga beri salam. assalamualaikum bang

Sumber HM

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini