Kenali La’eeb, Maskot ikonik Piala Dunia Qatar 2022

Upacara pembukaan Piala Dunia 2022 yang meriah pada malam Ahad lalu masih menjadi buah mulut masyarakat dunia. Apa yang lebih mengujakan adalah kehadiran maskot ikonik dikenali sebagai La’eeb.

Dianggap comel oleh kebanyakan warganet, La’eeb menjadi merupakan simbol kepada Piala Dunia Qatar pada kali ini. Ia diperkenalkan ketika Majlis Perasmian Piala Dunia FIFA 2022 di Stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar.

Menariknya, reka bentuk maskot yang dipersembahkan itu menyerupai dengan budaya dan adat kaum lelaki di Timur Tengah. Bentuk badan dan kepalanya persis memakai jubah dan serban.

Memetik perkongsian di laman web rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), perkataan La’eeb berasal daripada bahasa Arab bermaksud pemain yang sangat mahir.

Maskot berkenaan tidak mempunyai bentuk sebenar di dunia nyata dan setiap orang boleh mentafsirkannya sebagai apa sahaja yang dibayangkan.

Timbalan Ketua Pengarah, Pemasaran, Komunikasi dan Pengalaman Kejohanan, Jawatankuasa Tertinggi bagi Penyampaian dan Warisan, Khalid Ali Al Mawlawi berkata: “Dia (La’eeb) datang daripada tempat yang tidak dapat digambarkan. Kami menggalakkan semua orang membayangkan bagaimana rupanya.

“Kami pasti ramai peminat akan menyukai watak yang comel ini. La’eeb akan memainkan peranan penting kerana kami melibatkan peminat muda dan berusia dalam pengalaman Piala Dunia FlFA Qatar.

“La’eeb juga diciptakan daripada dunia selari iaitu dunia di mana idea dan kreativiti membentuk asas watak yang hidup dalam fikiran setiap orang.

“La’eeb akan berada di mana-mana dan sentiasa mengalu-alukan dunia sekali gus memberikan inspirasi kepada peminat muda dan menyemarakkan aksi semasa kejohanan yang akan berlangsung bermula 20 November sehingga 18 Disember ini,” katanya.

Pada edisi kali ini, Ketua Pengarah Kreatifnya, Marco Balich yang sudah banyak kali mengambil bahagian dalam reka bentuk kreatif majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik sebelum ini berkata, pihaknya memberikan komitmen tinggi bagi menjayakan majlis perasmian Dunia Piala, sehebat majlis perasmian kejohanan sukan antarabangsa tersebut.

Difahamkan, majlis perasmian itu menampilkan persembahan selama 30 minit dengan kehadiran bekas pemain bola sepak terkemuka Perancis, Marcel Desailly yang membawa trofi Piala Dunia ke pentas stadium.

Itu adalah kali kedua trofi itu ‘muncul’ di Asia, selepas ditonjolkan di rantau Asia Barat buat pertama kalinya.

Pada acara pembukaan berkenaan, pelakon terkenal, Morgan Freeman turut muncul di pentas dan bercakap dengan Duta Piala Dunia 2022, Ghanim Al-Muftah, seorang 0KU muda Qatar mengenai kedatangan ramai pengembara dari seluruh dunia ke Qatar.

Majlis perasmian turut menampilkan bendera dan jersi untuk 32 pasukan, selain menyiarkan lagu tema Piala Dunia yang diadakan pada tahun-tahun sebelumnya sekali gus mengimbau nostalgia penonton.

Sumber Sinar Islam

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini