“K̷alau Adlk T̷ak S̷akit Ken̷apa Dia Dekat Kubvr, T̷ak BaIik Rum̷ah?”- Anak

KANAK-KANAK kecil berusia tiga tahun setengah ini seorang yang sihat, ceria dan keletah, namun tanpa diduga dia secara tiba-tiba jatuh sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, 19 hari kemudian.

Segala-galanya bermula apabila si kecil ini terbangun daripada tidur kerana sakit perut dan mengalami muntah-muntah menjelang tengah malam, penghujung Disember lalu.

Masih segar di ingatan Khadijah Dahli, 30, ketika mengimbas kembali peristiwa duka yang meragut nyawa puteri keduanya, Nur Salsabila Aleeya Mohamad Saiful.

“Pada 28 Disember 2021 pukul 11 malam, anak saya terjaga, kemudian dia muntah-muntah berterusan dan mengadu sakit perut yang saya rasa memang sakit sangat waktu tu.

“Saya dan suami bawa anak ke unit kecemasan. Sampai di sana, dia mula pucat. Minum air je muntah. Doktor buat ‘CT scan’ dan hasilnya, doktor kesan ususnya bengkak.

“Jadi doktor buat keputusan untuk jalankan pembedahan bagi mengetahui punca sebenarnya,” cerita wanita ini mengenai kisah anak keduanya yang disapa Bella.

Menurut Khadijah, pembedahan Bella dijalankan pada keesokan hari dan menurut apa yang dikhabarkan oleh pakar kanak-kanak selepas pembedahan tersebut, anaknya berada di dalam keadaan kritikal di mana keseluruhan usus mati dan tidak dapat diselamatkan.

“Doktor cakap masalah Bella bermula dari kecil dan baru dapat detect. Kes anak saya ni jarang-jarang berlaku. Doktor terangkan juga tentang jangka hayat anak kami dan minta kami bersedia dengan apa jua kemungkinan.

“Bella berada di ICU satu malam sebelum dipindahkan ke wad biasa. Pada 30 Disember 2021, bermulalah episod anak saya berkampung di wad kanak-kanak selama 19 hari tanpa makan. Perkataan sakit tak pernah keluar dari mulut dia sepanjang saya dan suami jaga.

Khadijah dan suami menjaga Bella sepanjang 19 hari anaknya terlantar di hospital.

“Sepanjang 19 hari tu juga memang banyak momen indah kami bersama. Saya tidur sebelah dia, peluk dia sehinggalah tarikh 16 Januari 2022, arwah menghembuskan nafas terakhir di hospital,” cerita ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Sama seperti ibu bapa lain, pemergian Bella benar-benar memberi kesan mendalam buat mereka sekeluarga lebih-lebih lagi si kecil itu ‘pergi’ secara mengejut.

Tambah Khadijah, puteri sulungnya yang berusia enam tahun kerap kali menyebut perihal Bella kerana terlalu merindui arwah adiknya memandangkan hubungan dua beradik itu begitu rapat.

Bella merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik.

“Mereka memang rapat. Pergi mana-mana bersama-sama, pakaian dan kasut mesti nak sama, main sama-sama dan membesar sama-sama.

“Si kakak memang rindu adik sangat. Walaupun kerap gaduh tapi tetap sayang. Tak lekang di mulutnya menyebut adiknya sejak adik tak ada.

“Paling tak boleh lupa kakak tanya saya ‘adik buat apa ya ibu?’. Saya cakap adik tengah rehat, adik dah tak sakit. Kakak balas, ‘kalau adik tak sakit kenapa dia dekat kubur, tak balik rumah?’

Saya tidur sebelah dia, peluk dia sehinggalah tarikh 16 Januari 2022, arwah menghembuskan nafas terakhir di hospital.

“Sangat-sangat berat untuk kami terima. Terasa rumah sunyi sangat sejak arwah tiada sedangkan sebelum ni riuh dengan gelagat nakal arwah,” ujarnya sambil menambah, puterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan.

Lebih sebulan pemergian Bella, Khadijah berkata perasaan rindu terhadap anaknya masih tebal namun dia hanya mampu mengubatinya dengan menitipkan doa setiap kali selepas solat serta menghadiahkan bacaan ayat suci Al-Quran buat arwah.

Pemergian Bella (di pangkuan suami) benar-benar memberi kesan kepada Khadijah dan keluarganya.

Tidak menyangka perkongsian beberapa videonya mengenai pemergian Bella meraih sehingga lebih 70,000 jumlah tontonan, Khadijah berkata dia begitu terharu dengan komen netizen yang rata-ratanya turut mendoakan kesejahteraan arwah.

“Terima kasih yang prihatin, yang memberikan kata semangat. Ya, anak saya dah berbahagia di syurga, insyaAllah. Cuma saya dekat sini sentiasa merindui dia.

“Untuk ibu bapa di luar sana, kalau anak-anak tak sihat, cepat-cepat bawa jumpa doktor. Segera cegah sebelum terlambat. Dan cipta sebanyak mungkin memori indah dengan anak-anak,” katanya lagi.

Sumber : mstar

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini