Kem4tian yang dicembµrui, tunjuk sikap baik selepas peluk Islam – Dua Anak Terkejµt Ibu & Bapa Tiba-Tiba Mahu Peluk Islam

Cara hidup sebenar sebagai seorang Muslim serta tingkah laku dan akhlak yang ditunjukkan oleh dua beradik sehingga membuka hati kedua ibu bapa mereka untuk memeluk Islam membuatkan ramai berasa kagum sekali gus membuatkan kisah itu tµlar di laman sosi4l.

Michael Choo Hock Eng, 69 tahun dan isteri, Verginia Pacolba Gaco Choo, 61 tahun melafazkan dua kalimah syahadah selepas solat Jumaat di Galeri Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Masjid Negeri Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Anak kepada pasangan itu, Vincent Choo yang memeluk Islam pada 2013 memberitahu tidak dapat menahan air mata saat ibu bapanya ‘dilahirkan’ semula sebagai seorang Muslim.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika mereka melafazkan dua kalimah syahadah namun yang pasti saya sangat lega kerana ibu bapa akhirnya terbuka hati menerima Islam.

“Alhamdulillah doa saya dan kakak selama ini akhirnya dimakbulkan Allah,” katanya.

Kakak Vincent, Mitchelle Nur Alya, 28 tahun terlebih dahulu memeluk Islam pada 2011.

TUNJUK CONTOH YANG BAIK KEPADA IBU BAPA.

Bercakap mengenai penghijrahan ibu bapanya, Vincent berkata, selepas memeluk Islam pada usia 17 tahun dia sentiasa berusaha melakukan dakwah kepada ibu bapanya dengan menunjukkan akhlak dan tauladan yang baik.

Kata Vincent, walaupun pada awalnya mereka menent4ng keputusannya menukar agama, namun dia tidak pernah sesekali cuba menjauhkan diri malah memastikan hubungan mereka bertambah akrab selepas penghijrahannya itu.

“Ketika saya beritahu mahu peluk Islam, mereka tidak bersetuju malah saya mengambil masa setahun untuk menyakinkan mereka memandangkan saya perlukan kebenaran mereka kerana masih di bawah umur pada ketika itu.

“Alhamdulillah lama-kelamaan mereka faham dan terbuka hati untuk membenarkan saya memeluk Islam dan sejak itu saya cuba tunjukkan sikap baik serta mengamalkan ajaran Islam sebenar.

“Apabila di rumah saya akan solat dan mengaji di ruang tamu agar mereka dapat lihat dan lama-lama mereka menunjukkan minat serta banyak bertanya tentang Islam,” katanya.

Tambah Vincent lagi, setiap kali tiba bulan Ramadan juga ibu bapanya akan memastikan mereka berbuka puasa bersama malah ibunya akan menyediakan hidangan berbuka.

Perubahan ibu bapanya juga ketara apabila kakaknya membawa ibu bapanya mendengar ceramah yang disampaikan oleh tabligh dari China bagi memahami lebih tentang Islam.

IBU LUAH HASRAT MAHU BERSAMA ANAK-ANAK.

Malah katanya, sejak itu mereka sering bercakap tentang Islam sehinggalah pada minggu lalu ibunya memberitahu ingin ‘bersama’ anak-anaknya.

“Saya mulanya tidak faham tetapi pada suatu hari ketika hendak pergi kerja mereka menyatakan kesungguhan untuk memeluk Islam dan bertanya bila mereka boleh berbuat demikian?

“Alhamdulillah selepas berbincang betul-betul dengan mereka, kami mengambil keberkatan hari Jumaat yang kebetulan hari jadi bapa,” ujarnya.

Sementara itu, Vincent memberitahu meskipun tanggungjawabnya kini besar namun dia bersyukur dan teruja apabila dapat belajar dan melakukan aktiviti keagamaan dengan mereka.

“Kebetulan saya masih tinggal bersama ibu bapa, jadi lebih mudah untuk saya mengajar mereka tentang Islam malah kami dapat solat berjemaah bersama-sama.

“Abang ipar saya juga pernah membawanya ke masjid untuk solat berjemaah serta berkenalan dengan jemaah yang lain. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya yang bertugas di Lembaga Zakat Selangor.

TERTARIK BACAAN YASIN, IKUT RAKAN PERGI MASJID.

Bercerita tentang penghijrahannya, Vincent yang pernah beragama Bµddha dan Krist1an berkata, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk menukar pegangannya kepada agama Islam.

Bagaimanapun katanya, sejak dia di bangku sekolah lagi, dia sentiasa mencari ‘dirinya’ sehinggakan lebih tertarik untuk menyertai kelas Pendidikan Islam berbanding Pendidikan M0ral ketika di sekolah.

“Walaupun belajar tentang ‘moral’ tapi saya tetap rasa k0song sebaliknya hidup saya rasa terisi apabila terdengar rakan-rakan beragama Islam membaca Yasin setiap kali hari Jumaat.

“Atas sebab itu saya selalu ikut kawan-kawan apabila mereka ada kelas mengaji malah akan ikut mereka ke masjid dan tengok mereka bersolat, saya selalu kata pada diri sendiri, bila agaknya dapat jadi macam mereka.

“Jujurnya, rakan-rakan di sekolah banyak beri tunjuk ajar dan bercerita tentang Islam yang membuatkan saya lebih tertarik untuk bergelar seorang Muslim,” katanya lagi.

SEMOGA HUSNUL KHATIMAH BUATMU AYAH.

Bapa kepada Penolong Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Klang, Mitchelle Nur Alya, telah kembali ke rahmatullah pada 3 Januari lalu.

Allahy4rham Yusof Choo Hock Eng, menghembµskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada 6.55 pagi kerana s4kit tua.

Difahamkan, arw4h dan isterinya telah memeluk agama Islam sejak beberapa tahun yang lalu.

Kisah pasangan itu pernah tµlar selepas kagum dengan tingkah laku dan akhlak yang ditunjukkan anak mereka sehingga terbuka hati untuk turut memeluk Islam.

Pemergiannya mengundang kesedihan buat anaknya yang terlebih dahulu bergelar Muslim pada 2011.

“Assalamualaikum. Ayah saya Yusof Choo Hock Eng telah kembali pada Allah jam 6.55 pagi.

“Setiap yang bernyawa pasti mati. Aku redha dan syukur Allah SWT telah beri ayah saya hidayah untuk mengucap dan pegang kunci dua kalimah syahadah sebelum Allah menjemputnya.

“Hujan renyai dari semalam. Alhamdulillah ya Robbi. Mohon doa kawan-kawan semua,” tulis Nur Alya di Faceb00k miliknya.

Salam takziah diucapkan kepada Nur Alya dan seluruh ahli keluarga di atas pemergian ayah tersayang.

Semoga roh Allahy4rham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber mstar

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Kongsikan Ya.. Terima kasih..

Jom sertai group Lecture What Today (CAHI), sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Mahu Sertai –> Klik Di Sini