Kelihatan Tercekik Dan Kurus Kelapar4n, Penduduk Dik3jutkan Dengan Kehadiran Harimau Berkeliaran Di Kampung

Kelihatan Tercekik Dan Kurus Kelaparan, Penduduk Dikejutkan Dengan Kehadiran Harimau Berkeliaran Di Kampung.Kelihatan Tercekik Dan Kurus Kelaparan, Penduduk Dikejutkan Dengan Kehadiran Harimau Berkeliaran Di Kampung

Kehadiran seekor harimau jantan berkeliaran di sebuah kampung telah mengejutkan penduduknya. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Kampung Bukit Bertam, Selama.

Seekor harimau dahan yang kelihatan kurus kelaparan dan seolah-olah sedang tercekik dilihat berkeliaran di sekitar rumah penduduk, kemungkinan mencari makanan.

Menurut Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, harimau dahan itu dipercayai keluar dari kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau yang terletak berhampiran untuk mencari makanan.

Menurut Yusoff Shariff lagi, daripada pemerhatian anggota mereka, meskipun harimau itu kelihatan seolah-oleh seperti tercekik dan cuba memuntahkan sesuatu dari dalam perutnya, namun tiada sebarang kecederaan yang didapati.

“Haiwan itu berjaya ditangkap pada pukul 11.24 pagi dan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk rawatan.

Walaubagaimanapun, pemeriksaan lanjut akan dijalankan oleh doktor veterinar terhadap harimau berkenaan termasuk ujian air kencing dan sampel darah bagi mengesan sama ada terdapat kecederaan atau masalah kesihatan lain .

Kredit: Harian Metro / sajagempak / Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini