Reen Rahim Moh̷on Doa Yang Baik2 Dari Pemin̷at, Kek̷al Berhij̷ab Selepas B̷alik Umrah

Penampilan tertutup pelakon Reen Rahim di Tanah Suci mengundang perhatian peminat dan pengikutnya di laman Instagram yang dipenuhi dengan komen positif.

Berkongsi beberapa posting sepanjang menunaikan ibadah umrah, pelakon berusia 34 tahun itu membuatkan orang ramai berharap supaya dia kekal dengan imej berhijab sebaik tiba di tanah air nanti.

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh Reen Rahim (@reenrahim)

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh Reen Rahim (@reenrahim)

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh Reen Rahim (@reenrahim)

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh Reen Rahim (@reenrahim)

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu kelihatan lebih cantik dan manis apabila mengenakan penampilan seperti itu selain berharap agar dia kekal istiqamah.

Memetik laporan Kosmo! Online, Reen bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut namun berharap peminat dapat mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Maaf, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya mohon doakan yang baik-baik sahaja.
“Saya sangat bersyukur. Allah SWT jemput saya dan kedua-dua orang tua untuk lihat sendiri betapa indahnya suasana di Mekah. Alhamdulillah,” katanya bakal pulang ke Malaysia pada hari esok.

Mengikut perancangan asal, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim hanya mahu menghantar ibu bapanya ke lapangan terbang sahaja namun terdetik hati untuk sama-sama berangkat ke sana.

Sumber: Instagram Reen Rahim , Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi)

Sumber:Ohmm

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini