Kebesaran Kuasa Allah..! Akhirnya Walaupun Pernah Keguguran Dua Kali, Ini Keajaiban Yang Berlaku..

Sudah menjadi lumrah buat setiap pasangan yang berkahwin, sudah pasti akan timbul keinginan untuk memiliki anak. Namun, kita hanya boleh merancang dan cepat atau lambat bukan kita yang menentukannya. Pernah Dua Kali Keguguran, Wanita Melahirkan Bayi Kembar Empat Selepas 4 Tahun Menanti Zuriat

Oleh itu, ada pasangan yang memiliki anak kandung dalam tempoh masa yang singkat dan ada juga yang mungkin perlu lebih lama. Ada pasangan suami isteri yang hanya menunggu beberapa bulan sahaja untuk si isteri disahkan hamil dan ada juga yang perlu menunggu sehinga tempoh bertahun-tahun.

Baru-baru ini tular satu perkongsian yang dimuat naik oleh Dr.Thoka Muhammad di Instagram yang menunjukkan persediaan yang dilakukan oleh beberapa orang petugas kesihatan di dalam bilik pembedahan untuk menyambut kelahiran bayi kembar empat. Pernah Dua Kali Keguguran, Wanita Melahirkan Bayi Kembar Empat Selepas 4 Tahun Menanti Zuriat

Menurut Dr.Thoka, wanita berusia 29 tahun ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan selepas itu, dia nekad untuk menjalani rawatan IVF atau in vitro fertilization. Dr.Thoka Muhammad merupakan seorang pakar Obstetrician & Gynaecologist.

Jelasnya lagi, ibu muda yang mengalami mild premature contraction ini melahirkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki secara pembedahan.

Difahamkan, tiga daripada empat bayi itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja memandangkan berat mereka adalah lebih daripada 2kg. Manakala seorang lagi bayi yang memiliki berat 1.3kg terpaksa diasingkan buat sementara waktu untuk rawatan lanjut. Pernah Dua Kali Keguguran, Wanita Melahirkan Bayi Kembar Empat Selepas 4 Tahun Menanti Zuriat

Kelahiran bayi-bayi kembar itu merupakan hadiah yang sangat tidak ternilai buat ibu bapa mereka yang sabar menunggu selama 4 tahun dan menghadapi pelbagai rintangan untuk menimbang caha mata sebelum ini

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkah tahniah dan turut gembira dengan kelahirkan keempat-empat bayi kembar itu. Semoga bayi-bayi membesar dengan sihat dan cergas.

Video Klik Disni

Kredit: Dr. Thoka

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini