Seb̷ak Melihat Ke̷adaan K̷asut Cleanner, Seor̷ang Lelaki H̷adiahkan Sep̷asang K̷asut Baru Pada Tuk̷ang Pembers̷ih . Sik̷ap Y̷ang Harus Dicontoh̷i

Sempena ulang tahun kelahiran semalam, seorang lelaki yang dikenali sebagai Affi Ariff telah menghadiahkan sepasang kasut ‘baru’ buat pekerja pembersihan di kawasan perumahannya.

Lama tengok uncle pakai kasut koyak

Lama dah perasan Uncle ni pakai kasut koyak teruk ni hari-hari. Sempena hari lahir aku hari ini 20 Jun. Aku hadiahkan kasut baru supaya Uncle ni selesa buat kerja dekat kawasan ni. Terima kasih banyak-banyak Uncle Ali, bersihkan jalan raya untuk kegunaan kami lalu hari-hari dekat jalan sini. Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita.

Menurut Affi Ariff, sudah lama dia perasan bahawa kasut yang dipakai oleh Uncle Ali ini koyak. Memandangkan semalam merupakan hari lahirnya, Affi nekad untuk menghadiahkan sepasang kasut baru buat Uncle Ali.

Tambahnya, Uncle Ali seorang yang baik dan sentiasa memastikan jalan raya di kawasan rumahnya bersih. Affi juga memuat naik beberapa foto di mana Uncle Ali kelihatan sangat gembira ketika menerima hadiah daripadanya.

Tajam betul mata dan peka

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Affi. Menurut netizen, setiap rezeki seseorang sudah pasti ada bahagian untuk insan lain juga. Netizen turut memberi ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Affi dan mendoakan urusannya dipermudahkan oleh Allah.

Sumber: Affi Ariff via ohbulan

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini