kawan bagi sejambak bunga sayur waktu k0nvo, “ment4ng2 aku student Kulinari”

Majlis konvokesyen sentiasa diraikan dengan meriah sekali lebih-lebih lagi apabila hari kejayaan yang bermakna itu disambut bersama-sama ahli keluarga yang tersayang.

Bukan setakat ahli keluarga sahaja, ada juga rakan-rakan yang tidak ketinggalan hadir untuk meraikan sahabat mereka yang telah berjaya menamatkan pelajaran. Bertuah dapat kawan yang macam ini yang meraikan kejayaaan bersama- sama.

Selepas berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang Kulinari, graduan ini yang dikenali sebagai Muhammad Aziq tidak menyangka rakan-rakannya membuat ‘prank’ dengan menghadiahkan sejambak sayur-sayuran pelbagai warna ketika majlis konvonya yang berlangsung 12 Oktober lalu. Sungguh melucukan!

Menurut Aziq, rakan-rakannya mendapat idea untuk memberikan bunga ‘unik’ itu untuknya kerana diilhamkan daripada jambangan sayur yang diterima Raja Permaisuri Ag0ng, Tuanku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah ketika pelancaran buku ‘Ulam-ulamman Khazanah Negara dan 1001 Khasiat’ baru-baru ini.

Jenis sayur yang diterima Aziq antaranya ialah kentang, terung, lobak merah, timun, kacang panjang, cili merah dan sebagainya.

Aziq yang merupakan graduan Kolej Universiti Bestari yang berlokasi di Terengganu itu berhasrat untuk menggunakan sayur-sayuran pemberiaan rakan-rakannya itu untuk menu makanan tengahari iaitu Sayur Campur.

“Okey cun. Esok menu tengahari, sayur campur hahaha,” katanya menerusi ruangan komen di Twitter.

Selain itu, beberapa netizen juga berkongsi pengalaman menerima jambangan sayur-sayuran sama seperti yang diterima oleh Aziq.

Ramai netizen yang terhibur pada posting yang dimuatnaik Aziq menerusi akaun Twitter miliknya sehingga mencecah hampir 5,700 Retweets dan 9,500 likes.

Hahahaha kacang panjang tu rare!! Sangat lawa- Netizen

Sama lah kita, balik-balik je i terus masak paprik- Netizen

Aku nak jugak cemni time grad, balik boleh masak sesedap untuk family- Netizen

Kreatif juga yaa rakyat Malaysia ini, macam-macam jenis jambangan bunga lah orang akan jual lepas ini. Nak request sejambak bunga kantan boleh? Boleh masak laksa hehehe…

Sumber: Twitter Arz_Zick Via slviral.bbn.my

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini