“Katanya Bawa Ayam..” Pemandu Lelaki Dedah Wanita Ditumpangnya Membuang PIastik Berisi M4yat B4yi Di Hadapan Sekolah

Sebut saja bayi, mesti ramai antara kita akan terbayang wajah yang comel dan penuh ‘innocent’ selain daripada telatahnya yang menghiburkan hati kita. Sudah menjadi lumrah manusia akan timbul rasa sayang terhadap bayi terutamanya jika ianya adalah anak sendiri.

Namun sayangnya tidak semua orang mempunyai fikiran sedemikian dan sebab itulah timbul pelbagai kes ‘menggerikan dan menyedihkan’ yang melibatkan bayi. Seperti berita yang tular baru-baru ini, alangkah tergamaknya seorang wanita membuang mayat bayinya sendiri di hadapan sebuah sekolah.

Menurut laporan Tribunnews, perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan oleh wanita tersebut di hadapan sebuah sekolah yang terletak di wilayah Jalan Bintara, Indonesia pada 13 Julai lalu.

Pada mulanya pengawal keselamatan berasa curiga apabila menemui bungkusan plastik yang berbau busuk dan berisi mayat bayi. Dia yang terkejut kemudian terus membuat laporan polis.

Perbuatan wanita itu terbongkar apabila perbuatannya dirakam oleh kamera CCTV di kawasan tersebut.

Pihak polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita yang memakai tudung berwarna ungu itu sedang membawa satu beg plastik berwarna merah dan meletakkannya di hadapan sebuah kereta.

Seorang lelaki juga turut kelihatan dalam rakaman CCTV tersebut dan merupakan pemandu kereta yang ditumpang oleh wanita berkenaan. Berdasarkan siasatan polis, pemandu lelaki tersebut tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan wanita tersebut namun dia mengaku ada terhidu bau busuk dari plastik yang dibawa oleh wanita berkenaan.

Pemandu lelaki itu juga ada bertanyakan suspek wanita tentang apa yang dibawanya dalam plastik, tapi wanita itu memberitahu plastik dibawanya cuma berisi ayam.

VIDEO:

Siasatan lanjut polis mendapati bayi malang tersebut dipercayai sudah meninggal dunia ketika dilahirkan dalam 2,3 hari lalu sebelum disimpan dan dibuang di tepi jalan di hadapan sekolah. Wanita tersebut juga dikatakan sudah lama tidak berhubung dengan pasangannya dan kes ini dalam siasatan lanjut.

Sumber: Tribunnews Via nangtime

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini