“Kasih Sayang Sama Rata” Macam BFF – lssey Anggap 3 Anak Tiri Macam Anak Sendiri

Meskipun bukan anak kandυng sendiri, namun kasih sayang yang ditunjukkan oleh penyampai radio, Issey tidak pernah berbelah bagi buat tiga anak tirinya.

Malah keikhlasan yang ditunjukkan Issey atau Fazlisham Mat Hussin, 34, buat ketiga-tiga anaknya seringkali mendapat pujian ramai.

Malah menurut kata Issey, dia tidak pernah membezakan-bezakan anak kandυng dengan tiga anak tirinya kerana sudah merasakan mereka sebahagian dar4h daging sendiri.

Kasih dan sayangnya buat tiga cahaya matanya, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah tetap sama seperti anak kandungnya sendiri, Faaeq Fathian.

“Saya tak pernah anggap mereka anak tiri, saya anggap macam darah daging sendiri. Mereka tiada bapa dan sayalah ayah mereka malah saya sentiasa ingatkan untuk doakan ayah kandung mereka.

“Kasih sayang pula saya bagi sama rata, memang tak ada beza langsung.

“Alhamdulillah ini anugerah Allah yang sangat saya syukuri,” katanya berkongsi dalam satu temubual ringkas mengenai anaknya.

Malah meninjau di lnstagram, bapa penyayang ini seringkali berkongsi keakrabannya bersama empat anaknya yang sentiasa menjadi peneman setianya.

“Kenalkan. Kawan baik saya. Qasyah, Qayyum, Umai dan Fathian,” tulisnya dalam satu entri tidak berapa lama dulu.

Keempat-empat peneman inilah yang membuatkan kehidupan penuh warnanya bersama isteri tercinta, Noor Aimi Jamel.

Terdahulu, Issey mendirikan rumah tangga bersama Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 yang juga seorang ibu tunggal dengan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan allahyarham suaminya.

Issey dan Aimi kemudiannya dianugerahkan dengan cahaya mata sulung mereka pada tanggal 31 Ogos 2021.

Sumber PaMa

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini