“Kasih Ibu Tiada Tandingan” lBu Sanggup Berkorban Bina Ruma Sikit-Sikit Sej4k 4 Tahvn Lalu

SUDAH empat tahun rumah yang dihuninya bersama dua anak di Kampung Dalam Rhu, Tumpat tidak siap berikutan kekangan kewangan yang diaIami..

Setiap kali ada lebihan simpanan hasil upah menyiang ikan di tempat memproses keropok, Meriam Mamat, 62, akan memperuntukkannya untuk membeli 50 ketul batu bata dengan harga RM250 untuk binaan rumahnya sedikit demi sedikit.

Bagaimanapun, rumah yang dihuni bersama dua anak yang mengh!dap kemur0ngan itu belum siap dan keadaannya seperti rumah tinggal dengan binaan yang sangat asas.

Meriam berkata, dia terp4ksa membina rumah itu berikutan rumah pusaka orang tuanya sudah r0sak yang mana banyak dinding serta lantai yang rep0t dan tidak boleh didiami.

“Sejak itu kami membina rumah kecil dengan dua bilik ini secara sedikit demi sedikit, tetapi sejak empat tahun lalu sehingga kini, keadaannya tidak banyak berubah kerana saya membeli bahan binaan hanya jika ada lebihan wang.

“Saya akan mengupah tukang rumah dengan kadar upah yang termampu, jika anak bongsu yang bekerja kilang di Johor pulang, dia yang akan membina kerana mempunyai sedikit kepakaran dalam bertukang,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Terdahulu dia menerima kunjungan daripada kumpulan aktivis masyarakat, Pertubuhan Cempaka Merah Asnaf, yang diwakili Che Norhayati Mohamed menyampaikan sumbangan makanan.

Meriam berkata, kadar upah meny!ang ikan yang bermula pada 7 pagi hingga 6.30 petang dikira melalui jumlah tong iaitu RM6 untuk setong ikan, dan biasanya dia menerima upah antara RM20 hingga RM40 sehari.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini tenaganya sudah tidak mampu meny!ang ikan dengan banyak kerana turut mengh!dap d4rah tinggi serta kencing manis, malah setiap hari ibu tunggal itu terp4ksa berjalan lebih satu kilometer untuk ke tempat memproses keropok di Kampung Tanjung Kuala, Tumpat.

Dua anaknya yang tinggal bersama, Mohamad Asahari Mat Resad, 29 dan Khairul Izani Ali, 39, masing-masing mengh!dap kemurongan sejak beberapa tahun lalu dan bertahan dengan pengambilan ubat h0spital.

“Jika dibandingkan, keadaan Mohamad Asahari lebih ter0k berbanding abangnya kerana ada ketikanya dia akan menang!s pada waktu malam dan jika ditanya mengapa, jawabnya serab0t.

“Dia baru beberapa bulan menerima rawatan di h0spital kerana maIu untuk menerima hakikat mempunyai masalah itu namun saya sentiasa memberi kata-kata semangat untuk mereka untuk terus bersabar,” katanya yang turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan.

Sumber Hmetro

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini