W4nita Dedah Ada K0s & Saguhati Buat lbu Kandung,Jika Ambil Anak Angkat

Anak adalah penyeri rumah tangga hinggakan bila ada pasangan yang telah lama berkahwin namun tidak juga dikurniakan zuriat, akan membuat pilihan untuk mempunyai anak angkat. Barulah terasa sempurna rumah tangga yang dibina.

Hakikatnya bagi pasangan suami isteri yang ingin mengambil anak angkat, mereka perlu melakukan pelbagai prosedur. Pun begitu, mungkin ramai tidak mengetahui bahawa ada kos yang perlu ditanggung oleh pasangan tersebut hingga mencecah ribuan ringgit.

Apa yang pasti mengambil anak angkat ini bukanlah satu keputusan yang boleh dibuat sambil lewa atau dianggap mudah. Ia penuh dengan rasa tanggungjawab bukan sahaja daripada sudut kewangan malah kasih sayang untuk membesarkan anak angkat tersebut seperti anak sendiri.

Baru-baru ini perkongsian seorang wanita di TikTok tular selepas dia mendedahkan tentang kos keseluruhan yang dibelanjakan dalam proses untuk mengambil anak angkat.

Menerusi video dimuat naik, Puan Wawa Idris menjawab persoalan netizen tentang prosedur dan kos yang perlu dikeluarkan.

Katanya, kos diperlukan terbahagi kepada dua iaitu untuk melahirkan anak tersebut dan juga ‘saguhati’ kepada ibu kandung bayi berkenaan.

Menurutnya lagi, kos itu juga berbeza bagi setiap orang kerana ia bergantung kepada hospital tempat bersalin serta berapa ‘saguhati’ yang diminta.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Puan Wawa berkata ‘saguhati’ daripada pihak keluarga angkat adalah sekitar RM500 hingga RM5000.

Kata Puan Wawa, kos ditanggungnya mencecah hampir RM15,000 kerana kos bersalin lebih tinggi disebabkan ibu kandung bayi tersebut melahirkan di hospital swasta dan menjalani prosedur pembedahan.

Perkongsian Puan Wawa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-ratanya dilihat seperti turut berminat dan merancang untuk mengambil anak angkat.

Ada juga yang meluahkan rasa bimbang kerana prosedur yang agak sukar selain takut terjadinya masalah dikemudian hari bila mengambil anak angkat.

Sumber:Keluarga

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini