Kanak2 M4ut Di Hempap Tembok Ketika AmbiI Wuduk,Tak Semp4t Tunaikan S0lat Jemaah

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun tidak sempat tunai solat terakhir apabila maut akibat dihempap tembok dinding tangki air ketika sedang mengambil wuduk, memetik Kompas.com.

Peristiwa tragis tersebut berlaku di Masjid Riyatus Shohibin, Desa Sawentar, Indonesia pada Sabtu lalu ketika mangsa sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib bersama jemaah lain.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Blitar, Iptu Udiono berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kanan kepalanya.

“Tempat untuk menampung tangki air tersebut tiba-tiba roboh ketika mangsa sedang mengambil wuduk.

“Menurut keterangan daripada pengurus masjid, tiada sebarang keretakan dan kerosakan pada bahagian dinding tersebut sebelum kejadian itu berlaku,” ujar beliau, lapor Kompas.com.

Dalam pada itu, polis mengesyaki struktur dinding tangki tersebut menjadi tidak seimbang apabila takungan air terlalu penuh.

Tambahnya, sejumlah air daripada tangki tersebut turut tumpah (dipercayai dalam skala besar) ketika dinding itu runtuh.

Difahamkan, mangsa ketika itu turut mengambil wuduk bersama dengan seorang lagi rakannya ketika kejadian tersebut berlaku.

Namun, rakannya, Syihabuddin yang juga berusia 11 tahun dilapor hanya mengalami luka kecil pada kakinya.

Ibu bapa mangsa tak mahu saman masjid
Bagaimanapun, ibu bapa mangsa tidak berniat untuk menyaman pihak masjid atas apa yang berlaku meskipun ia telah meragut nyawa anak mereka.

“Kedua-dua ibu bapa mangsa menganggap ini sebagai musibah dan enggan melakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa,” lapor Kompas.com.

Terdahulu, turut berlaku satu kisah kematian seseorang individu yang ‘berpeluang’ kembali menemui Penciptanya dalam keadaan yang sungguh ‘sejahtera’.

Peristiwa yang berlaku kira-kira lima bulan lalu itu melibatkan seorang lelaki berusia 39 tahun di Mesir yang meninggal dunia ketika sedang berehat untuk mengerjakan solat.

Media tempatan ketika itu melaporkan bahawa kejadian tersebut berlaku di kawasan Smouha di Iskandariah, utara Mesir pada 28 September tahun lalu.

Berdasarkan laporan, peristiwa kematian bapa kepada tiga anak yang bernama Ahmad Al Sayyed itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) masjid tersebut.

Dalam rakaman itu, arwah dilihat tidak berdaya untuk bangun semula selepas melakukan sujud buat kali kedua dalam solatnya.

Sehinggalah beberapa saat selepas itu, badan arwah terus tersungkur rebah ‘menyembah bumi’ di atas hamparan sejadah yang menjadi ‘saksi’ kematiannya.

BACA JUGA: (Video) Sujud Terakhir, CCTV Terakam Detik-Detik Akhir Lelaki Meninggal Dunia Dalam Solat

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini