“Kan dah betul-betul dekat kubυr” – Isteri Berguraυ Bagi Hadiah Kek Batυ Nisan, 10 Hari Kemudian Suami MeninggaI Dunia

Setiap kali beralih memasuki tahun baharu, ia bagaikan satu trend bagi rata-rata individu berkongsi ucapan atau highlight yang berlaku kepada mereka sepanjang tahun.

Ada yang berkongsi kisah suka dan dυka, kejayaan, kehilangan serta azam ingin cuba dicapai bagi tahun baharu.

Wanita ini tidak terkecuali berkongsi kisah yang terus segar dalam ingatannya apabila kehilangan suami pada 13 Januari 2022.

Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa gurauan pada hiasan kek sempena menyambut ulang tahun kelahiran suaminya itu menjadi realiti.

“Siapa suruh letak kubυr (hiasan) atas kek. Kan dah betul-betul dekat kubur (meninggal dunia),” tulisnya pada video dimuat naik.

Jika diteliti pada gambar yang dikongsikan di TikT0k, kek yang diberikan kepada suaminya pada 3 Januari tahun lalu dihiasi replika sekotak rokok serta dua buah batu nisan.

Walaupun ia hanya satu kebetuan, namun sudah pasti rasa bersalah membelenggu wanita ini kerana menurutnya dekorasi kek kubur itu hanyalah sebagai peringatan supaya suaminya berhenti merokok.

“Maafkan sayang. Niat hanya nak suruh berhenti mer0kok,” jelasnya pada ruangan kapsyen.

Selain itu pada perkongsian sama wanita ini turut berkongsi tentang kehamilan anak pertama mereka pada Januari lalu setelah usia perkahwinan sembilan bulan.

Jelas wanita itu lagi yang memiliki masalah cyst, suaminya merupakan insan paling gembira ketika mendapat tahu mengenai berita kehamiIan itu.

Lebih memilυkan apabila suaminya, seolah-olah mengetahui bahawa dia bakal pergi meninggalkan isteri dan anak yang bakal dilahirkan dengan menitipkan pesanan.

Menurutnya, si suami meminta agar dia membuka buku (rekod kesihatan ibu) di klinik swasta ketika mereka membuat imbasan ultrasound di Klinik Primer Lembah Sireh Dr Siti Sabariah Ismail, Kota Bharu, Kelantan.

Detik hitam dalam hidupnya bermula apabila suaminya terpaksa ditidυrkan pada 8 Januari disebabkan demam berpanjangan dengan suhu sekitar 40 darjah celsius selama dua minggu.

Dalam perkongsian sama, dia juga menunjukkan foto anak perempuannya yang selamat dilahirkan 8 Ogos.

Majlis aqiqah dibuat oleh keluarga arw4h bagi menyambut kehadiran insan baharu ini pada Disember baru-baru ini.

“Famili ayah (merujuk kepada suaminya) buatkan aqiqah untuk anak kita. Tunaikan janji ayah.

“Tapi ayah janji nak bersanding dengan mummy dan baby masa aqiqah. Tapi ayah tipu,” luahnya yang sedih dengan kehilangan suami.

Perkongsian wanita ini di TikT0k berakhir dengan foto anaknya dipegang salah seorang ahli keluarga ketika melawat kubυr arw4h.

Sebagaimana dikongsikan, kubur tersebut baru sahaja dibaik pulih setelah mengalami kerosakan berikutan banjir berlaku baru-baru ini.

Sumber mStar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini