“Kalau Nak K0mpaun, K0mpaun Saya!” – Pejabat YB Syed Saddiq Diarah Tutup [VIDEO]

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa apabila pejabat Parlimen Muar diarahkan tutup.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Arahan penutupan itu bermula esok oleh pihak polis berikutan jumlah kehadiran penduduk yang terlalu ramai.

Orang ramai beratur hanya untuk dapatkan bantuan bekalan harian

Menurut Syed Saddiq, penutupan itu berikutan jumlah orang ramai yang beratur di luar pejabatnya untuk mendapatkan bantuan bekalan keperluan harian yang tidak boleh dikawal.

Menerusi laman Instagram, Ahli Parlimen Muar itu turut menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Team Muar agihkan bantuan kepada 5,000 keluarga

“Saya nak maklumkan yang Pejabat Parlimen Muar telah diarahkan tutup bermula esok.”

“Sejak 2 hari lepas, saya dan team Muar telah bekerja untuk mengagihkan bantuan makanan kepada 5,000 keluarga Muar.”

Orang sedang susah, lapar dan sak!t

“Biasanya ada dalam 150+ keluarga datang setiap hari. Tapi sejak 2 hari lepas, jumlah keluarga yang datang telah naik tinggi. Orang sedang susah, lapar dan sak!t”

“Mereka wajib dibantu. Pejabat saya tak boleh tolak orang yang mahu datang.”

“Nak suruh mereka pulang sebab orang ramai, tak sampai hati. Rakyat Parlimen Muar adalah tanggungjawab saya.”

Saya dan team Muar dah buat untuk jaga SOP

1. Kami sediakan sistem kupon. 100 kupon setiap hari untuk ambil bantuan makanan kepada 100 keluarga.

2. Kami guna khidmat RELA untuk kawal situasi di luar pejabat.

3. Kami sudah hantar surat moh0n pihak polis untuk bantu jaga semua yang hadir ke pejabat.

4. Saya juga sudah agihkan sejumlah bantuan makanan kepada semua ketua kampung untuk agihkan di kawasan masing-masing.

5. Had jumlah pengunjung ke dalam pejabat juga kami buat. Yang lain, perlu beratur dengan jarak sesuai di luar pejabat.

Saya tidak boleh dan tak akan sesekali halang rakyat datang ke pejabat

“Tapi hakikatnya ramai lagi yang perlukan bantuan makanan segera. Saya tidak boleh dan tak akan sesekali halang rakyat Parlimen Muar untuk datang ke pejabat.”

“Tapi hari ni, pihak polis juga datang dan arahkan Pejabat Parlimen ditutup. Orang terlalu ramai.”

Rumah ke rumah kami buat tapi ambil masa

“Ini bermaksud edaran bantuan makanan akan lebih lambat sampai ke tangan keluarga penerima. Rumah ke rumah memang ada kami buat, tetapi ambil masa.”

“Saya terpaksa ambil sedikit ruang bersama pejabat Muar untuk fikir cara lain nak edarkan dengan cepat.”

“Realitinya, ramai lagi rakyat Parlimen Muar yang susah, lapar dan sak!t. SOP memang dipatuhi, tetapi saya memang tidak boleh kawal jumlah penerima yang datang ke pejabat.”

Kompaun saya, pejabat itu bawah selia saya

“Kalau mahu kenakan kompaun kepada orang ramai yang datang ke pejabat, saya minta jangan kompaun mereka.”

“Kompaun saya tak apa. Pejabat itu di bawah kawal selia saya. Urusan bantuan makanan ini pun urusan saya dan pejabat saya.”

Jangan tambah beban rakyat

“Jangan tambah beban rakyat Parlimen Muar. Mereka hanya mahu bantuan sampai ke tangan keluarga mereka.”

“Rakyat Muar beratur sampai tepi jalan besar untuk moh0n bantuan makanan. Kalau ikutkan, setiap hari lebih 150+ keluarga datang ke pejabat.”

“Ini waktu susah. Saya wajib bantu. Doakan semua urusan dipermudahkan.”

View this post on Instagram

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap Ahli Parlimen Muar menambah baik sistem dan lokasi agar boleh menampung lebih ramai orang.

Pada Isnin, Syed Saddiq memgumumkan pemberian bantuan food bank kepada hampir 5,000 keluarga di Muar dengan peruntukan sebanyak RM300,000.

Sumber & video dipetik dari Yoy Network, Twitter & Instagram Syed Saddiq

Kredit:Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini