Kahwin Orang lnternet, Jutawan Irfan Khairi Dedah lsteri & Anak Tiada Akaun Media SosiaI

Siapa tidak mengenali jutawan internet, Irfan Khairi yang sering berkongsi pelbagai tip dan rahsia perniagaan dalam talian.

Pakar perniagaan internet itu tidak pernah bercerita lanjut tentang isterinya yang bernama Shazrina dan anak-anak.

“Ini isteri saya, Shazrina. Atau lebih dikenali bila saya sebut-sebut dalam c0ntent saya sebagai “Kak Shaz”.

“Memang jarang-jarang saya kongsikan mengenai Kak Shaz di media sosial. Bagi yang follow saya sudah lama mungkin akan perasan sekali atau dua kali je setahun baru la muncul di media sosial. Itu pun rasanya tahun ni belum pernah lagi.

“Sampai ada yang ingatkan saya ni masih bujang. Sudah kahwin 20 tahun adik oi, anak empat orang,” tulis Irfan yang menjadi jutawan semasa berusia 25 tahun.

Menurut Irfan, isteri dan anak-anaknya tidak mempunyai akaun media sosiaI.

Mungkin kedengaran janggaI pada era teknologi dan letµsan media sosiaI kini namun demikianlah kenyataannya mengenai keluarga jutawan internet itu.

“Satu perkara yang mungkin pelik mengenai isteri saya adalah, Kak Shaz tidak mempunyai media sosiaI. Tiada di Facebook, Instagram. TikT0k lagi lah tak ada.

Kahwin dengan orang internet tapi tiada di media sosiaI.

“Tapi bukan hanya Kak Shaz. Anak-anak saya pun tiada di media sosiaI. Ilham, Kasih, Ikhlas dan Cinta tidak mempunyai akaun media sosiaI.

“Mereka jenis yang sangat pemalu. Sebab itu, seperti ibu mereka, memang jarang-jarang akan ada di media sosiaI saya.

“Ayah ada berjuta followers di media sosial tetapi isteri dan anak-anak tidak follow pun. Sebab tiada media sosiaI,” titip Irfan.

Susulan perkongsian video dia disamping isterinya, para pengikut Irfan memuji kesederhanaan keluarga itu dan menitipkan doa kebahagiaan.

Malah tidak kurang juga mengatakan mereka mempunyai wajah yang seiras.

Dalam pada itu, Irfan yang kini menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, meninggalkan pesanan buat usahawan berkaitan platform berniaga agar tidak hanya tertumpu pada laman sosial semata-mata.

Usahawan perlu memiliki laman web perniagaan untuk pergi jauh.

“Tetapi di sini juga pesanan untuk para usahawan. Tidak semua orang ada media sosial. Tidak semua orang aktif di media sosial.

“Jika kita hanya menggunakan Instagram contohnya untuk berniaga, bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai Instagram? Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai Facebook?” tulis beliau.

Katanya, peniaga akan rugi jika mengehadkan promosi dan jualan pada platform tertentu sahaja sebaliknya perlu memiliki laman web sendiri untuk melangkah jauh ke peringkat global.

Sumber Facebook Irfan Khairi

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini