K4ki Budak Lelaki Bengk4k Dan Berbek4s, D0ktor Tersent4k Saat Buka Selipar Budak Itu Yang Datang Bersama Ibunya

Sudah menjadi rutin harian doktor untuk bertemu dengan pesakit dan cuba menyelesaikan malalah kesihatan yang mereka alami. Perkongsian seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Redza Zainol menjadi tular apabila menceritakan kisah seorang budak lelaki yang datang ke klinik bersama dengan ibunya.

Dr Redza Zainol berkata, kanak-kanak itu hadir bagi temujanji susulan selepas dibenarkan keluar wad akibat mengalami muntah dan cirit-birit.

Sebaik doktor itu selesai melakukan pemeriksaan, si ibu kemudian memintanya untuk melihat keadaan kaki kanan anaknya yang bengkak selepas dicucuk ketika berada di wad.

“Masa masuk wad, kaki kanan dia bengkak sebab ada masuk jarum kat situ. Doktor boleh tolong tengokkan?”

Terus saya melutut dan capai kaki kanan budak tu. Saya belek-belek dari atas sampai ke bawah kaki. Bila saya nak buka seliparnya, timbul rasa pelik.

“Ketatnya selipar budak ni.”

Lepas berjaya cabut keluar selipar dia, memang sah kaki budak tu berbekas dengan tali selipar tu. Bengkak tu dah surut. Kaki pun tak sakit.

Masa nak pakaikan selipar, terasa ketat sangat jadi saya lepaskan je selipar tu. Budak tu ambil dan dia cuba pakai sendiri. Siap senyum lagi.

Saya duduk dan diam sekejap. Selipar lusuh dan ketat macam ni, saya sendiri pun tak akan bagi anak saya pakai lagi.

Berkali-kali fikir pun rasa susah hati saya tu tetap tak hilang.

“Anak ada selipar lain?” tanya saya.

“Tak ada doktor.” Boleh pula dia senyum.

Teringat terus pada anak sendiri. Masing-masing ada 2-3 selipar. Satu untuk di rumah, satu di rumah pengasuh, satu pula standby dalam kereta.

“Doktor, boleh saya minta duit sikit? Anak saya tak makan lagi tengahari. Saya nak beli roti untuk dia.

Dia berbisik perlahan. Segan agaknya kalau-kalau orang lain dengar. Saya jadi sesak nafas. Dalam hati ni menjerit-jerit cukup ke roti tu.

“Susu anak pun dah habis. Duit tak ada. Boleh ya?”

Segera saya keluarkan duit dari poket.

“Ni duit untuk roti dan susu. Ni pula duit untuk beli selipar baru untuk anak. Beli yang elok terus untuk dia.”

Maknya mengangguk laju.

Walaupun tak ada duit, diusaha juga supaya mereka anak beranak sampai ke hospital. Untuk anak, manusia sanggup berbuat segalanya.

Doktor Redza Zainol

Kita sebenarnya setiap hari berjalan tanpa beban.

Bersyukurlah nikmat apa yang ada pada kita hari ini sebab ada orang sekeping roti pun tak mampu nak beli dan makan apatah lagi tukar selipar elok untuk anak.

Saya duk fikir dia yang tak cukup duit pun boleh tersenyum. Kita yang ada duit, ada kereta, ada pangkat, hari-hari asyik pula mengeluh.

Lagi banyak mengeluh dari berzikir sampaikan muka jadi kelam, hati pun makin penuh dengan titik hitam.

Kalau kita fikir kita susah, ada lagi yang lebih susah. Kawan-kawan, buanglah keluh. Jauhkanlah merungut. Kita beriya nak banyak harta dunia sampai lupa pada harta yang dah kita ada.

Senyuman anak kecil dan keluarga itulah harta sebenar. Rasa cukup dan syukur dengan apa yang kita ada, itulah titik mulanya rasa bahagia.

Kredit: Redza Zainol / sgempak Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini