Pengakhir̷an Y̷ang Mulia, Jurur̷awat Malaysia Meningg̷al Di Madinah Al-Munawwarah

SEORANG jururawat warganegara Malaysia meningg4l dunia di Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu pagi.

Nor Afizah Mohd Salleh, 48, jururawat di h0spital Pakar Raja Faisal di Madinah, baru sahaja dipindahkan dari cawangan Riyadh ketika meningg4l dunia.

Berdasarkan perkongsian rakan-rakan di media sosial, dia dikatakan meningg4l dunia akib4t ‘Pulmonary Embolism’ atau dar4h beku dalam saluran dar4h ke paru-paru.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan jika ia berpunca daripada C0vid-19 atau sebaliknya.

Menurut Kelab Rakyat Malaysia di Riyadh (KRMR), Nor Afizah meningg4l dunia pada pvkul 11.30 pagi Sabtu (8 Ogos).

“Kami menerima berita sedih bahawa seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai jururawat di h0spital Raja Faisal dan berpindah ke Madinah (cawangan) Nor Afizah Mohd Salleh, 48, dari Gelang Patah, Johor, baru saja men1nggal dunia di h0spital Jerman Saudi di Madinah.

“Dia meningg4lkan suami dan dua anak berusia sembilan dan enam tahun,” kata KRMR.

Nor Afizah diharapkan akan dimak4mkan di Tanah Perkvburan Baqi di Madinah, Arab Saudi.

Kakak kepada Nor Afizah, Norhuda dan Shida Mohd Salleh dari Gelang Patah turut menyiarkan mengenai kem4tian itu di Facebook. – The Star

Sumber: mstar

9 Tanda Kematian Husnul Khatimah, Pengakhiran Baik Yang Diimpikan Umat Islam

Setiap umat Islam pasti inginkan pengakhiran yang baik, dalam erti kata lain kematian husnul khatimah yang diimpikan. Husnul khatimah membawa maksud kematian di dalam reda Allah dan kita juga reda dengan ketentuan Allah SWT.

Kita sebagai manusia sebenarnya boleh mengenali tanda-tanda sekiranya seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Berikut kami senaraikan antara 9 tanda husnul khatimah berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

1. Melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia
Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’, nescata dia akan memasuki syurga (HR Abu Daud 3316)

2. Meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat
Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur (HR Al-Tirmidzi 1074)

3. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya
Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya (HR Al-Tirmidzi 982)

4. Seseorang diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia
Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya (HR Al-Tirmidzi 2142)

5. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut
Barangsiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid (HR Muslim 1915)

6. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW: Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal karena penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah (HR Al-Bukhari 652)

7. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak
Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid (HR Ibn Kathir 5869)

8. Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya
Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!”. “Bagaimana kalau dia melawanku?”. Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!”. “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid”. “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka! (HR Muslim 140)

9. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh
Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.” (HR Ahmad 23372)

Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik dan sama-samalah berdoa agar kematian kita juga mendapat husnul khatimah. InsyaAllah!

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini